Wednesday 10 August 2016

Filled Under:

7 Kisah Inspirasi Usahawan Ternama Dunia

    7 Kisah Inspirasi Usahawan Ternama Dunia




    Inspirasi untuk anda!

    Kami kongsikan beberapa kisah usahawan yang terkenal dunia, yang telah mengharungi cabaran dan halangan dan akhirnya menjadikan mereka seseorang yang sangat berjaya dan merubah kehidupan manusia dan masyarakat hingga ke hari ini.

    Kisah perjalanan mereka sebenarnya dapat menjadi inspirasi dan contoh bagi anda yang sedang melalui fasa yang sukar dalam mencapai impian. Ketahuilah! Putus asa bukanlah penyelesaiaannya.

    Cuba bayangkan jika mereka ini berputus asa, sudah pasti dunia yang kita diami hari ini penuh berbeza.

    Teruskan perjuangan anda, tingkatkan semangat anda.
    Baca dengan lebih lanjut di bawah.


    1. Walt Disney

    Bermula sebagai seorang budak kampung yang hanya melukis kartun pada kuda-kuda jiran hanya kerana keseronokkan, Walt Disney mula mencari kerja sebagai pelukis kartun bagi surat khabar setelah mula meningkat dewasa namun usaha itu gagal dan akhirnya beliau berjaya mendapat tempat di sebuah agensi dan menjadi pelukis bagi iklan-iklan. Dalam masa yang sama, minat beliau dalam animasi mula berkembang. 

    Karakter ilustrasi pertama beliau adalah Oswald the Lucky Rabbit tetapi hak milik karakter ini dimiliki sepenuhnya oleh Universal Pictures kerana beliau terikat dengan kontrak sebagai pekerja dengan Universal Pictures. Semasa Walt Disney meninggalkan Universal Pictures disebabkan isu potongan gaji, beliau sedar yang Oswald the Lucky Rabbit perlukan pengganti di dalam karier beliau dan di situlah titik permulaan bagi Mickey Mouse.

    Beliau kemudian berpindah ke Hollywood dan memulakan Disney Brothers Studio bersama abangnya Roy. Walt Disney kemudian menjadi lebih berani setelah kejayaan karakter pertama beliau, Mickey Mouse mula mendapat tempat dan penerimaan oleh masyarakat, beliau memulakan filem-filem kartun secara sepenuhnya seperti Snow White and the Seven Dwarfs (1937), Pinocchio (1940), Bambi (1942), Cinderella (1950), Mary Poppins (1964) dan banyak lagi. Ternyata filem-filem ini yang digubah dengan inovasi dari segi animasi diterima dengan baik sekali apabila karya-karya beliau mula menerima Academy Awards.

    Meskipun beliau cukup berjaya dengan studio animasi beliau, namun Walt Disney masih belum berpuas hati kerana beliau berimpian untuk menbangunkan satu taman tema yang unik dan berkongsi impian ini dengan rakan sekerja. “I want it to look like nothing else in the world.”

    Walt Disney kini merupakan salah seorang maestro di dalam dunia seni dan hiburan, pengasas kepada industri animasi, berrbekalkan semangat yang tidak pernah luntur dan komitmen terhadap impian beliau, Walt Disney sememangnya bintang kepada usahawan.



    2. J.K. Rowling

    Nama yang sudah tidak asing lagi bagi kebanyakkan koleksi buku di kebanyakkan rumah sekarang. J.K. Rowling sebenarnya adalah antara usahawan yang melakarkan kisah kejayaan dan perubahan hidup secara 360 darjah. 

    Inspirasi mengeluarkan karya hebat beliau Harry Porter, timbul melalui satu fasa yang penuh dengan kedukaan dan kemiskinan sepanjang hidup beliau. Dalam tempoh 7 tahun J.K. Rowling menyiapkan buku tersebut, beliau hidup penuh dengan kemiskinan, bermula dengan kematian ibunya, kelahiran anak pertamanya, penceraian sehinggalah beliau berjaya menyiapkan karya unggul itu. 

    Selepas daripada enam sekuel kisah Harry Porter, J.K. Rowling mula menulis lebih banyak novel untuk santapan minda dewasa. Kisah beliau yang bermula dengan kehidupan berdasarkan wang perbelanjaan ehsan kerajaan negeri, kini merupakan antara “Perempuan Yang Paling Berpengaruh di Britain” adalah antara kisah keusahawan yang penuh inspirasi. Beliau berjaya mengubah hidup hasil kegigihan dan kesabaran menghadapi kesukaran selama beberapa tahun. Hasil jualan buku novel beliau hampir RM1.3B, J.K. Rowling kini dilihat di dalam carta orang terkaya di UK. 

    “It is our choices, which show what we truly are, far more than our abilities. – J.K. Rowling”


    3. Steve Jobs

    Anda tak mungkin dapat melengkapkan kisah inspirasi usahawan tanpa nama ini. Steve Jobs tidak menamatkan pengajian beliau di kolej kerana keluarga beliau tidak mampu menanggung pembiayaan pengajian, tetapi beliau tidak pernah sebenarnya berhenti belajar. Steve Jobs banyak mengikuti kelas tanpa pendaftaraan, hidup berasaskan makanan percuma dari kuil Hare Krishna dan memulangkan botol Coke hanya untuk mendapatkan sedikit wang untuk meneruskan kehidupan. 

    “Sometimes life is going to hit you in the head with a brick. Don’t lose faith.”

    Steve Jobs kemudian melalui satu fasa perjalanan hidup yang akhirnya membawa beliau memiliki karier yang sangat istimewa, unik dan di luar imaginasi ramai orang. Beliau mengasaskan Apple Computer Company dengan rakan zaman kanak-kanak beliau iaitu Steve Wozniak. Bergelar ‘The Grandfather of the Digital Revolution’, Steve Jobs sebenarnya membawa satu revolusi yang besar kepada industri penggunaan produk elektronik dan pengaruh legasi ini akan kekal dirasai oleh generasi digital masa hadapan.



    4. Andrew Carnegie

    Sememangnya bila mendengar sahaja nama Andrew Carnegie, kita akan dapat merasakan satu lakaran sejarah yang sudah lama berhabuk. Walaupun sudah lama dan nama ini mungkin kurang menarik bagi generasi muda sekarang, tetapi sebenarnya, Andrew Carnegie adalah satu contoh dan model yang sangat mengujakan sebagai seorang usahawan. 

    Beliau bermula dengan kehidupan yang sangat sukar. Di zaman kanak-kanak beliau sudah mula bekerja dengan kilang membanting tulang dan memaksa diri untuk tidur di bahagian malamnya hanya untuk melupakan kelaparan. 

    Selari dengan peredaran masa, beliau mula membina kerjaya dan mendaki sehingga mencapai satu tahap apabila beliau di tugaskan mengawal selia dan bertanggungjawab terhadap Pennsylvania Railroad Company sebelum membuka beberapa syarikat miliknya sendiri dan antara yang paling berjaya adalah Carnegie Steel Mill. Selain dilihat tersenarai sebagai antara yang terkaya di Amerika sepanjang zaman, beliau turut dikenali dengan sikap pemurah.

    Berikutan kepercayaan beliau, ‘the man who dies rich dies disgraced’, Carnegie mendermakan hampir 90 peratus daripada kekayaan beliau kepada pusat-pusat bantuan amal. Beliau turut dikenali sebagai penyumbang tersebar kepada perpustakaan-perpustakaan dan pusat pengajian di seluruh Amerika.



    5. Elon Musk

    Rasanya ini adalah salah satu kisah seorang usahawan abad ke 21 yang tidak dapat kita abaikan. Elon Musk pada zaman kanak-kanak dikatakan sangat pendiam hinggakan keluarga beliau menyangka beliau seorang yang pekak. 

    Pada seawal usia 10 tahun, beliau sudah terpaksa mengharungi kebingungan dan kedukaan hasil dari penceraian ibu dan bapanya dan Elon Musk kemudian dipaksa tinggal bersama bapanya yang dikenali sebagai seorang yang sangat tegas sehingga ke tahap Elon merasa hidup beliau penuh kesenggsaraan tetapi tetap menekankan yang kesengsaraan itulah yang membentuk dan membina beliau sehingga ke tahap beliau berada sekarang. Elon juga sering menjadi mangsa buli oleh kanak-kanak lain di sekolah.

    Tetapi beliau kekal unik kerana pada usia muda itu juga beliau mula menunjukkan minat terhadap konsep fizik dan teknologi. Beliau pernah mencipta permainan video dan menjual hak cipta permainan itu kepada majalah PC dan Office Technology meskipun beliau masih belum tamat sekolah lagi.

    “(Physics is) a good framework for thinking. Boil things down to their fundamental truths and reason up from there.”

    Minat yang mendalam terhadap fizik dan kejuruteraan tetap diteruskan meskipun tidak menamatkan pengajian PhD beliau. Elon menjejakkan kaki dalam dunia keusahawanan bersama abangnya dengan memulakan Zip2, sebuah platform media sebagai guide antara bandar pada masa itu.

    Beliau yang kemudian menjual saham beliau dalam syarikat tersebut setelah melalui beberapa konflik dalaman, kemudiannya memulakan beberapa projek lain yang sehingga kini telah banyak mengubah struktur sosial dan ekonomi sekaligus.

    Antara penglibatan beliau yang lain adalah Paypal, SpaceX dan Tesla Motors. Penglibatan dan usaha beliau ini telah banyak membawa revolusi dalam industri dan meningkatkan kualiti kehidupan ramai orang. Nilai bersih terkini beliau adalah 12.7 Billion USD pada June 2016.



    6. Bill Gates

    Merupakan salah seorang usahawan yang ternama di zaman kita. Manusia yang terkaya di dunia ini mempunyai nilai anggaran lebih 79 B USD. Bill Gates telah disenaraikan dalam manusia terkaya dunia sebanyak 16 tahun dari 21 tahun yang lalu.

    Beliau yang merupakan pengasas sebuah syarikat software terbesar dunia, Microsoft, beliau juga merupakan salah seorang individu yang membawa perubahan besar kepada industri teknologi dan computer.

    Bill Gates telah menunjukkan minat beliau terhadap pengaturcaraan komputer di usia yang muda lagi di mana beliau menggunakan sepenuh masa yang terluang mencipta software komputer dari unit yang di derma di sekolah beliau. Beliau seterusnya mencipta Microsoft dan membina satu sistem operasi Windows yang kini sangat popular.

    Seperti usahawan-usahawan yang lain, beliau turut dikenali sebagai individu yang sangat pemurah dan banyak menderma. Bill Gates banyak menyumbang kepada beberapa institusi kebajikan yang membantu mengurangkan kadar kemiskinan, membantu meningkatkan kualiti penyeliaan kesihatan, dan juga taraf akademi.



    7. Oprah Winfrey

    Rasanya, Oprah Winfrey merupakan salah seorang yang mempunyai kisah hidup yang paling penuh dengan onak dan duri cabaran yang akhirnya mengubah beliau kepada antara manusia terkaya dan berpengaruh dunia.

    Beliau dibesarkan dengan keadaan yang penuh kesukaran. Anak kepada ibu bapa yang tidak berkahwin, kemudiannya bekerja sebagai orang gaji. Beliau dibesarkan di dalam keadaan yang penuh kemiskinan. Keluarganya sangat miskin sehingga pada zaman persekolahan beliau, Oprah sering diejek kerana baju yang dipakainya dibuat daripada guni ubi. Beliau juga merupakann mangsa kepada penderaan seksual yang beliau kongsikan di TV dalam salah satu rancangan beliau.

    Semuanya berubah apabila beliau mula bekerja di salah sebuah radio tempatan yang menarik perhatian pengurus di radio tersebut terhadap minat dan kesungguhan yang ditunjukkan Oprah. Beliau kemudiannya mula mendaki perjalanan di dalam industri penyiaran yang kemudiannya membantu beliau mendapat tempat di beberapa radio yang lebih terkemuka dan akhirnya muncul di kaca TV hingga hari ini degan The Oprah Winfrey Show dan yang lain akhirnya menjadi sejarah.




    0 comments:

    Post a Comment