Sunday 31 January 2016

Berita Tergempar Dari Istana Kedah !!! Ini Keputusanya...







Berita Gempar Dari Istana Kedah. Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kemelut politik di negeri itu mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berdepan krisis, hari ini.


Beliau menyelar tindakan beberapa ketua bahagian yang mengadakan sidang media pada 20 Januari lalu, menyifatkannya 1 penghinaan kepada Sultan Kedah pada ketika persiapan sambutan itu sedang berjalan.

"Tindakan 12 ketua bahagian dan 2 timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua sayap dan pemimpin muda Umno mengadakan sidang media di Alor Star pada 20 Januari lepas adalah tidak bertanggungjawab.


"Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," kata Mukhriz dalam 1 kenyataan hari ini.


Beliau juga menyifatkan tindakan 6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas, kerana menyokong kumpulan ketua bahagian tersebut, sebagai ingkar dalam taat setia mereka kepada Sultan Kedah.


Berita Gempar Dari Istana Kedah


"Ini jelas sekali menyalahi peraturan lantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan raja pemerintah, seperti termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah," katanya.


Menurut Mukhriz, tindakan ketua bahagian dan exco tersebut mengundang kemurkaan Sultan Kedah.


"Saya dimaklumkan Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran exco Kedah berkenaan," katanya.


Mukhriz juga memohon sembah ampun kepada Sultan Kedah di atas semua kemelut yang berlaku dan mendesak supaya beberapa ketua bahagian terlibat dan 6 exco tersebut meminta maaf kepada sultan.


"Saya mendesak agar semua 14 ketua bahagian yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam exco yang tidak hadir ke mesyuarat pada 27 Januari segera memohon maaf kepada Sultan Kedah dan pemangku Jemaah Sultan Kedah," katanya.




Mukhriz, menteri besar penggal pertama, ketika ini berdepan tentangan daripada pemimpin Umno Kedah yang mendesak beliau berundur memandangkan sokongan dan keyakinan terhadap beliau dikatakan kini berkurangan.

Sumber : MEDIABERAT66


TABAHLAH ! 5 Foto keadaan terkini Fasha Sandha setelah 12 hari bercerai dengan Jejai

Tiada apa yang mampu diungkapkan, Fasha Sandha hanya mampu mengucapkan terima kasih terhadap peminat serta rakan-rakan artis yang memberi kata-kata semangat dan komen-komen positif yang sentiasa mendoakan supaya beliau tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda. 

Menerusi salah satu gambar yang dikongsi pelakon itu baru-baru ini, beliau memetik kata-kata semangat untuk sentiasa percaya ada hikmah di sebalik semua yang menimpanya. 

"Manusia berubah, jadi kita boleh belajar melepaskan dan menghargai apa yang kita miliki serta kita percaya kepada penipuan sehingga satu ketika, kita tidak akan menaruh percaya kepada sesiapa selain diri kita sendiri. Kadang-kala, perkara baik tidak semestinya kekal selama-lamanya," katanya. 

Fasha juga dilihat sering memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2. 

Menyifatkan kedua-dua anaknya sebagai nadi hidupnya, Fasha turut mendoakan agar mereka kuat sepertinya.

"Kesiannya anak ibu ni. Batuk. Semoga jadi tabah seperti ibu dan Abang Fal," ujarnya. 

Perkahwinan pelakon Fasha dan Rizal Ashram Ramli yang lebih dikenali sebagai Jejai berakhir apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian mereka pada 20 Januari lalu. 

Dalam pada itu, peminat masih tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pelakon yang ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama baharunya, Tentang Hati 2.

Sumber: myartis










WAHHH ! 5 Foto gelagat Stacy menjelang Hari Perkahwinan

Nampaknya tak lama lagi penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam kita bakal disatukan dengan pilihan hatinya iaitu Akim Ahmad. Khabarnya majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Sabah. 

Majlis meraikan bakal pengantin baru penyanyi lagu 'Not For Sale' ini telah diadakan semalam bersama adik-beradik, sepupu dan juga teman rapatnya. 

Jom tengok! 

Sumber: myartis









BONGKAR ! Jangan Abaikan Jika Anda Sering Meliihat Bintik-Bintik Air Di Jari , Wajib Baca !

Jangan Abaikan Jika Anda Sering Meliihat Bintik-Bintik Air Di Jari , Wajib Baca !




Kebanyakan orang jarinya kadang kadang muncul bintik-bintik kecil di manabintik-bintik ini tidak terlihat besar, jarang kita akan memperhatikan bintik-bintik seperti ini, tetapi j sebenarnya bintik-bintik seperti yang harus diperhatikan dengan teliti.


Bintik-bintik kecil pada jari  menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh kita, dan juga akan menunjukkan kalau pada tubuh kita terdapat banyak racun.

1. Hujung jari melengkung
Kalau kita lihat daging antara garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu bermaksud salah satu organ dal am tubuh kita ada yang mengalami peradangan, juga terlalu banyak racun dalam tubuh kita.

Ketika ini, kita akan menjadi beremosi, kerana ini menunjukkan hati kita ada masalah, terlalu banyak racun dalam hati dan jantung kita, bisa melemahkan fungsi organ tubuh yang lain.


2. Kuku bulat dan datar
Kalau kuku berubah menjadi bulat dan datar, itu bermakna ada racun dalam lambung, mungkin ada gangguan pencernaan atau penyakit perut lainnya.

Biasanya pesakit ini juga ada gangguan gizi dan metabolism, berdampak besar terhadap paru-paru.

Bagaimana menyembuhkan penyakit ini?

1.Makan banyak sayuran hijau dan buah-buahan
Buah-buahan dan sayuran hijau memiliki efek yang baik untuk detoksifikasi. Buah dan sayuran biasanya waktu pencernaannya di dalam lambung adalah 30 menit, sedangkan daging waktu pencernaannya lebih dari tiga jam, jadi makan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan dapat mempercepat gastrointestinal, mempercepat metabolisme, dan juga dapat membersihkan racun dalam tubuh.

2. Gerakan Detox
Mengapa wanita moden umumnya hidup lebih lama daripada lelaki? Kerana perempuan umumnya berolahraga lebih banyak daripada lelaki. Wanita yang suka belanja, suka jalan-jalan dan suka gerak biasanya mempunyai hidup yang lebih panjang umurnya.


Keringat dan air kencing bisa menjadi detoksifikasi juga, bisa mengeluarkan racun dalam tubuh kita.


PANASZZZ ! 'TAKKAN TAK BOLEH PARKING DI LADIES PARKING?!'


KUALA LUMPUR - Hajat nak marahkan pengawal keselamatan wanita KLCC, rupa-rupanya mengundang padah pada dirinya sendiri apabila seorang lelaki bernama Peter Cheng dikecam teruk selepas memuat naik 'kesilapannya' sendiri di laman sosial. 

Difahamkan lelaki itu berkeras mahu memarkirkan kenderaannya di parkir yang dikhaskan untuk wanita. Namun tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan terbabit sehingga berlaku sedikit kekecohan. 

"Pagi tadi saya bawa isteri shopping di KLCC untuk Tahun Baru Cina. Pengawal Keselamatan wanita itu pula enggan membenarkan saya parkir di situ kerana tempat itu dikhaskan untuk wanita sahaja. 

"Saya beritahu dia yang saya bawa isteri saya pergi membeli belah di bangunan ini, namun dia tetap berkeras tidak membenarkan.  Jadi saya menyuruh isteri saya memandu dan parkir kenderaan kami di tempat itu sementara saya pula keluar berjalan ke pintu masuk dan menunggunya di situ. 


"Bagaimanapun, wanita tadi tetap tidak membenarkan dan menghalang isteri saya dari parkir di tempat itu. Adakah ini adil? Tindakan wanita itu menyebabkan saya bertelagah dan menjerit dengan lantang padanya agar kami dibenarkan parkir di situ. Apabila saya cuba merakam gambarnya, dia segera beredar. 


"Jadi abang-abang dan kakak-kakak sekalian, apa gunanya pergi shopping di KLCC jika ada pengawal keselamatan yang berperangai seperti ini? Di pintu masuk wanita, beberapa pengunjung lelaki yang lain parkir di parkir wanita tanpa sebarang masalah. Tetapi kami pula terpaksa berbelanja RM700 lebih," katanya yang meminta orang ramai 'share' masalahnya itu agar pihak pengurusan mengambil tindakan segera. 

Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen mengecam tindakan Peter yang cuba menyalahkan pengawal keselamatan wanita itu.

"Guard itu hanya menjalankan tugas. Ladies parking hanya untuk kereta yang dipandu oleh perempuan atau dalam kumpulan orang perempuan sahaja. Parking ini disediakan untuk keselamatan kaum wanita sahaja, bukan untuk yang datang dengan keluarga.

"Tak faham konsep ladies parking, hentam guard yang jalankan tugas. Kemudian viralkan kebodohan sendiri di media sosial," kata netizen. 


Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Peter Cheng segera membuang post terdahulu dan memohon maaf kepada orang ramai di atas kesilapannya sendiri. Selain itu, dia juga akan bertemu dengan pengawal keselamatan itu hari ini untuk memohon maaf di atas kekasarannya. - THEHYPEMEDIA.COM


Foto-foto percutian Fattah Amin dan Sherry Ibrahim di Bali yang pasti buat peminat jeles

Selepas melihat foto-foto ini ramai peminat yang mendoakan supaya pasangang selebriti Fattah Amin dan Sherry Ibrahim cepat-cepat kahwin. Kenapa? Korang tengok sendiri.

Sekitar Dec tahun lalu, Sherry Ibrahim, kekasihnya Fattah Amin serta beberapa kenalan menghabiskan cuti tahunan serta menyambut tahun baru di Bali, Indonesia.

Ternyata ramai peminat yang berdoa supaya mereka cepat berkahwin. Ye la, berapa lama lagi nak mengenali hati budi kan? Kalau dah berkemampuan mengapa tidak kan?

Sumber: bargetar2015










Cerita Sebenar TERBONGKAR! Bagaimana Guru 52 Tahun Boleh Ayat Gadis Berusia 18 Tahun Ini

Sebelum ini warga maya digemparkan dengan gambar seorang gadis muda berkahwin dengan seorang lelaki tua yang pernah menjadi gurunya ketika di zaman persekolahan.

Kisah Dan Cerita Sebenar Gadis Muda 18 Tahun Kahwini Gurunya 52 Tahun
Kisah Dan Cerita Sebenar Gadis Muda 18 Tahun Kahwini Gurunya 52 Tahun 
Gadis yang berusia 18 tahun itu dilaporkan berkahwin dengan cikgu lelaki dari sekolah yang sama berusia 52 tahun. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang mendedahkan cerita di sebalik gambar yang tersebar itu.
Menurut seorang individu bernama Mohd Hisham, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Lelaki itu juga dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan.

"Cikgu 52 tahun, anak murid 18 tahun. Kalau dah jodoh. Cikgu dengan anak murid. Cikgu SMK Baling.

"Bini tua gambar kanan, yang kiri memang bini muda. 

"Bestfriend anak dia dok mai tdo umah. Tersangkut..."








Gadis muda dengan rupa paras yang menawan, sudah pasti memikat hati sesiapa saja. Lebih-lebih lagi di usia muda, mudah untuk si suami mendidik isterinya. 

Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Semoga pasangan ini kekal bahagia. Amin. 


MENGEJUTKAN! Inilah Respon Maya Karin Mengenai Kegawatan Ekonomi



Sebelum ini, kecoh apabila pelakon Maya Karin cuba menaiki pengangkutan awam dan memuat naik status di twitter bahawa menaiki pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang memalukan. Bahkan Maya Karin Bidas Keluhan Zahra ‘Jangan Malu Terpaksa Naik LRT’ yang telah menjadi viral di media sosial pada suatu ketika dulu.
Malahan, Maya Karin turut merasai keperitan netizen yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan yang tinggi disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Malah, Maya juga bersimpati atas nasib rakyat Malaysia.
Maya Karin 1
“Selain beberapa rakan artis yang saya rapat, saya juga ada ramai kawan rapat dari latar belakang kerjaya yang berbeza-beza. Secara tidak langsung apabila saya bersama dengan mereka membuatkan saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya ini bukan selebriti malah saya sebenarnya tidak gemar digelar selebriti.”
“Sebaliknya berlakon dan menyanyi itu hanyalah kerja saya. Saya selalu ambil tahu mengenai perkembangan semasa. Saya juga membaca komen, pendapat dan luahan masyarakat di laman-laman sosial tentang perkembangan ekonomi sekarang.”
Maya Karin 3
Bahkan, Maya sendiri mengambil berat tentang situasi yang dialami pekerja, ahli keluarga serta rakan terdekat mengenai kos sara hidup mereka. Malah, Maya sangat terkejut dengan kenaikan tol yang mendadak sehingga memberi kesan terhadap dirinya sendiri.
“Saya juga ada bertanya kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat rakaman naungan saya misalnya mengenai gaji mereka, bayaran tol dan sebagainya. Saya bertanya juga kepada jiran-jiran, kepada ahli keluarga saya antaranya yang tinggal di Sri Kembangan dan Sungai Penchala.”
“Sebab, saya sendiri terkejut tol Sungai Penchala sampai RM3. Saya akui saya juga terkesan dengan kenaikan tersebut dan situasi ekonomi sekarang sebab saya seorang yang berjimat. Sejak kecil saya sudah didik dengan sikap tidak berbelanja berlebih-lebih sangat sebaliknya membeli apa yang betul-betul perlu.”
“Jadi dalam situasi kita sekarang, saya faham dengan kekecewaan dan apa yang dilalui masyarakat.”
Maya Karin 2
Apapun, Maya Karin seorang yang sangat mengambil berat tentang kehidupan. Jarang nak jumpa artis yang memahami jiwa rakyat ni.



GEMPARR ~~!!! BEGINILAH KEADAAN KUBUR ARWAH YUS JAMBU SELEPAS 59 HARI MENINGGALKAN KITA YANG TIDAK DISANGKASANGKA

Yus%2BJambu.png

Mengejutkan! Beginilahkeadaan kubur Arwah Yus Jambu selepas 38 harimeninggalkan kita secara tiba-tiba. Rindu betul dengan lawak-lawak arwah.
Keadaan kubur Arwah Yus Jambu selepas 38 hari meninggalkan kita.
‘Dalam tanah tu, kawan rapat kita ! aku sedih Pak Yuih tinggalkan kita dalam sekelip mata jah. La ni aku dok teringat kat Pak Yuih, makan nasi lemak bungkuih sama-sama..aku sedih ‘

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, Yus menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam kenderaan kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh rakan karibnya, yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke, di laman Instagram miliknya.


guioogo.PNG

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo@pakyuih@yus_jambu76telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Sebelum itu, Yus sempat menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Pak Yus’ mula bergiat dalam bidang seni melalui teater.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Sumber: berita-harian




Fitnah Terbesar Rakyat Malaysia Kepada Mona Fendy Yang Didedahkan Oleh Pegawai Penjara Yang Menjaganya

#‎KITA TAK SEDAR RUPANYA selama ini,apa yg kita tau ttg arwah mona fandi ni adalah FITNAH.mungkin kita juga tergolong pemitnah itu?.di bongkarkan oleh pegawai penjara-fitnah Terbesar Rakyat Malaysia Kepada Mona Fendy -elok korang baca KISAH SEBENAR nya sini

bawah ni movie yg umi aida lakunkan tu


skadar kongsi bsama...

Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey?

Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.

Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu?

Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantungdengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu?

Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.

Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

“Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

"Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

“Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

"Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

“Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

"Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.



Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.

Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya.

“Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

"Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.
"Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

Sarjan Azizah (kiri) bersama Mona Fandey

“Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

“Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

“Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas,” katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.

“Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.


"Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,


“Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

"Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya.

Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.

Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris?

Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.

OKT-1

OKT-2

Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan.

Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan... (Azizah terdiam)

“Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

"Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.

"Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

“Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.

"Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

“Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.

Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:

‘Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia."

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.

“Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?


"Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?

“Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

"Mona jawab dia nak pergi 'shopping'! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di 'corner' bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

"Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,

“Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.

Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.

"Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.


Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

"Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua." – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?

Atau anda lebih selesa untuk terus memahami ‘cakap-cakap’ orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan ‘trend’ bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masih ingat pada Mona fandey?Seorang bomoh yang sangat terkenal dengan ilmu hitam?Tengok muka dia pon dah boleh nightmare kan?Aku pernah pergi ke rumah yang dikatakan rumah Mona fandey di seksyen 12,shah alam,
Tapi ada yang kata tu bukan rumah Mona fandey,tu rumah orang india yang ditinggalkan dan kawan seksyen 12 tu memang kawasan yang terawal di shah alam,design rumah banglo disitu pon,old fashion sangat.Ada istana di situ,istana yang telah ditinggalkan,agak besarlah jugak.Malam or maghrib kawasan seksyen 12 akan start sunyi.Ada jugak yang mengatakan ramai orang suka buang benda belaan di kawasan seksyen 12 tu. Berbalik kepada kes Mona Fandey,Mona

fandey,38,affandi,37 dan pembantunya Juraimi,24 didapati bersalah kerana telah membunuh ramai orang dan yang paling kejam,dia telah mengerat badan Allahyarham Dato' Mazlan kepada 18.Tapi aku dengar cerita,Mereka ada kerat mayat seorang perempuan,dan mayat tu dijumpai di rumah yang lain,yang tu aku tak sure.Mereka bertiga didapati bersalah dan menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,Allahyarham Dato' Mazlan di sebuah rumah

tanpa nombor di kampung peruas,Hulu Dong,raub di antara jam 11 malam 2 julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.Masa ni umur aku baru masuk 3 tahun.Di rumah tak bernombor itu juga,polis telah menjumpai anggota badan Allahyarham Dato' Mazlan yang telah dikerat 18.Kenapa Allahyarham menggunakan khidmat Mona Fandey?























Dipercayai Allahyarham telah lama kenal dengan Mona Fandey,dan Allahyarham menggunakan Mona fandey kerana ingin cepat kaya Gambar ni menunujukkan tongkat sakti dan songkok hikmat milik Affandi yang bernilai 2.5 juta hengget dan harus dipakai masa upacara spiritual,Affandi telah menjualnya kepada Allahyarham dengan cengkeram RM 500,000 dan Allahyarham juga telah menyerahkan geran tanahnya yang bernilai RM 2juta sebagai baki bayaran,Benda alah ni dikatakan boleh membuat Allahyarham menjadi menteri besar.Correct me if im wrong.

Waktu perbicaraan ramai yang cakap "Mona makin lawa! Mona makin Lawa!".Mona Fandey seorang yang sangat suka bergaya.Kadang-kadang di waktu perbicaraan,pakaian Mona fandey terlalu seksi,nasib baik hakim tak kata apa-apa.Ada yang cakap Mona pakai pemanis pejadah haram semua,tapi mengikut fakta mahkamah,Mona fandey membuat beberapa pembedahan plastik di muka.Dr Wong,Doktor yang membedah muka Mona Fandey menyatakan yang Mona Fandey meminta untuk menjadikan wajahnya menjadi lebih muda dan cantik.Cantik ke Mona Fandey?Pada pandangan aku,seram.








































Aku taknak cerita banyak pasal Mona Fandey sebab dalam entri aku yang lama pon aku dah cerita pasal Mona Fandey.Yang aku nak cerita sekarang ni,macam mana Mona Fandey,Affandi dan Juraimi memotong Allahyarham.Gambar di atas adalah bahagian badan Allahyarham yang telah diekerat 18.tertuduh pertama adalah pembantu Mona Fandey iaitu Juraimi,tertuduh kedua adalah

Affandi,tertuduh ketiga adalah Mona Fandey.Juraimi mengaku telah menetak Allahyarham .Dalam kenyataan Juraimi. "saya tetak leher Dato Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi."Juraimi mengaku lagi yang dia memotong sendi dan melapah kulit serta daging selepas mendapat arahan dari Affandi.Perlu diketahui bahawa juraimi adalah seorang pembantu yang setia,jujur dan amanah tapi lakhanat.Kemudia Juraimi masukkan Tulang dan daging ke dalam baisn dan curahkan ke dalam lubang stor yang telah digali seminggu lebih awal.Langkah terakhir yang dibuat Juraimi adalah menyimennya.Menurut Juraimi lagi kejadian itu telah dirancang oleh Mona Fandey dan Affandi di rumah milik Allahyarham di kampung peruas.Juraimi mengerat,menyelesaikan segalanya dalam masa setengah jam SAHAJA.
Mula-Mula Allahyarham diminta oleh Mona Fandey untuk memakai kain sahaja seelum masuk ke bilik air.Affandi pula membawa dua biji bantal dan selimut dan sudah bersiap sedia di dalam bilik air tersebut.Kemudian,Allahyarham diarahkan untuk berbaring,dan

Mona Fandey duduk di bahagian kepalanya sambil Mona Fandey meletakkan bunga di kepala Allahyarham.Ketika Allahyarham dalam keadaan macamtu,Affandi berkata kepada Allahyarham "Dato baring,nanti ada suara ghaib berkata,duit sebanyak ini akan jatuh".Orang kalau nak cepat kaya macam-macam sanggup buat,perbuatan syirik pon sanggup.Lepastu Affandi menutup mata mazlan dengan tangannya,kemudian Affandi memadam lampu dan menyalakan lilin dan berkata pada juraimi.JAP Sebelum tu nak bagitau Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.


entah. Ala malula nak cerita.kahkah.Dr yang telah melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham mengatakan yang bahagian betis kedua dua kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan Allahyarham hilang,lapisan dinding lemak pada abdomen pon hilang,hati,pundi hempedu,buah pinggang  dan usus dalam proses pembusukkan

.Badan Allahyarham telah ditetak kepada 18 bahagian iaitu bahagian kepala yang telah dipisahkan daripada leher.bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada  bahagian ketiak,serta kedua-dua kaki tercerai pada pangkal peha.Bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pergelangan tangan dan siku sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian.Kaki kiri dan kanan jasad terputus kepada tiga bahagian iaitu pada peha,lutut dan buku lali.Ada yang cakap bahagian yang hilang tu dimakan oleh mereka.WallahualamSeram nehhh.