Monday 29 August 2016

Filled Under:

"Orang Akan Fikir Saya Yg Zalim, Sedangkan Dia Yg Mulakan Semua Ini 4 Bulan Lepas Saya Dah Nampak Dia . .". Tidak tahan Dikecam Ramai Sekali Lagi Along Cham Buat Pendedahan Tentang Bekas Isterinya


    "Orang Akan Fikir Saya Yg Zalim, Sedangkan Dia Yg Mulakan Semua Ini 4 Bulan Lepas Saya Dah Nampak Dia . .". Tidak tahan Dikecam Ramai Sekali Lagi Along Cham Buat Pendedahan Tentang Bekas Isterinya



    Tidak dapat dinafikan, ketika khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka mula tersebar, terdapat segelintir warga laman sosial yang menuding jari kepada Along Cham sebagai puncanya. Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along Cham berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.


    “Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang bukak semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim”


    “Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,” jelas Along kepada media selain menegaskan bahawa Zila perlu memohon maaf kepada ibu bapa pelakon dan pelawak ini.


    Memetik laporan video mStar Online, Along hanya memfailkan penceraian hanya selepas bekas isterinya itu ditangkap khalwat manakala hak penjagaan anak lelaki hasil perkahwinan mereka turut berpihak kepada pelakon tersebut.


    Zila pada 14 Ogos lalu telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 5 pagi di sebuah kediaman lelaki itu di Bukit Jalil.




    0 comments:

    Post a Comment