Saturday 6 August 2016

Filled Under:

Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital Luangkan 1 detik komen AMIN semoga rohnya dicucuri rahmat

    Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital Luangkan 1 detik komen AMIN semoga rohnya dicucuri rahmat


    Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital





    Beberapa hari lalu admin terjumpa satu posting di laman Facebook Tengku Helmy Farhan di mana beliau meminta bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis 'O' supaya tampil untuk menderma darah bagi membantu rakannya seorang imam muda yang sedang kritikal di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.


    Namun, hari ini berita yang agak sedih diterima apabila dimaklumkan, Imam muda berkenaan, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz yang merupakan Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Kelantan telah pergi meninggalkan kita selamanya di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.


    Pemergian anak ke 10 dari 13 adik beradik ini amat dirasai terutamanya penduduk sekitar Bachok, di mana seorang permata agama telah pergi meninggalkan mereka.


    Semasa beliau kemalangan, keadaanya agak parah di mana dia banyak kehilangan darah, dilihat di ramai mereka yang menyayangi arwah menyebarkan berita meminta bantuan orang ramai supaya menderma darah jenis 'O' yang kita ketahui agak susah untuk diperolehi.


    Tapi Allah lebih sayangkan beliau, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz telah pergi menghadap Maha Pencipta lebih awal pada malam tadi.


    Memetik laman Facebook ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, beliau mengimamkan solat jenazah imam muda berkenaan dan menurut beliau orang ramai hadir untuk solat jenazah begitu ramai sehingga melimpah keluar masjid di Masjid Kg Aur Telong.


    Apapun kita sama-sama berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - Siakapkeli.my




    0 comments:

    Post a Comment