Lelaki Ini Berang Kerana Seorang Wanita Tidak Dikenali Mendakwa Sebagai Isterinya Di Facebook
Bagaimana jika anda belum berkahwin, tetapi tiba-tiba seseorang yang tidak anda kenali mengaku anda ialah suaminya, siap ada anak bersama lagi. Pasti terkejut beruk, bukan?
Itulah yang berlaku pada seorang pengguna Facebook bernama Amir Faiz. Amir yang tinggal di Teluk Intan dan sudah bertunang dengan wanita bernama Afiqah Kamal berang apabila seorang pengguna Facebook bernama Nor Azmanira mendakwa telah berkahwin dengannya, malah memiliki seorang anak bersamanya.
Menurut Amir Faiz, walaupun mengaku isterinya, wanita yang menggunakan nama Nor Azmarina itu tidak pernah memuat naik gambar mereka berdua dalam satu gambar. Ini membuktikan yang Azmanira hanya mereka cerita.
Malah, Azmanira yang mendakwa berasal dari Jerteh, Terengganu turut menukar nama Amir Faiz kepada Tengku Amir Faiz Fariz Adrian Tengku Amir Razali dalam status Facebooknya.
Mungkinkah akaun Facebook wanita ini telah digodam seseorang yang ingin mengenakannya? Ini kerana tahap delusi wanita ini agak mengejutkan.
Atau mungkin benar wanita ini perlu mendapat rawatan psikiatri? Hanya dia yang tahu jawapannya.
Apa pun tidak elok mendakwa seoseorang itu suamimu sedangkan itu tidak benar. Diharap Nor Azmanira tampil pemperjelaskan keadaan dengan segera.
Sumber: Amir Faiz – amazingnara.com
0 comments:
Post a Comment