Monday 4 April 2016

Filled Under:

TERKINI DAN GEMPAR! Pemain Bola Sepak Terkenal MAUT Ditembak 18 Kali Di Hadapan Isterinya Sendiri



    SEORANG pemain bola sepak kebangsaan Honduras terbunuh selepas ditembak di depan sebuah pusat membeli-belah di La Ceiba di negara tersebut.

    Ketika kejadian, Arnold Peralta dilapor baru selesai membeli pakaian untuk bayi perempuannya yang baru dilahirkan.

    Ketika mangsa berjalan keluar dari pusat membeli-belah itu, suspek telah melepaskan 18 tembakan ke arah Peralta sambil disaksikan isterinya.

    Akibat kecederaan parah, bekas pemain kelab Rangers berusia 26 tahun itu maut di tempat kejadian.

    Isteri mangsa, Vanessa Oliva yang berada di lokasi itu ketika kejadian kelihatan meraung di sisi mayat Peralta.

    Jurucakap polis berkata, mangsa terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan kepala.

    Pihak berkuasa mengesahkan tiada suspek ditahan ketika ini, namun usaha mengesan pembunuh sedang dijalankan.

    Peralta yang kini mewakili skuad Olimpia di Tegucigalpa dilapor menjadi mangsa keganasan di Honduras yang merupakan negara yang mencatatkan kes pembunuhan tertinggi di dunia, lapor mStar Online.





    0 comments:

    Post a Comment