Sunday 3 April 2016

Filled Under:

GEMPARRR !! Wira Tragedi Highland Towers Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya






    KUALA LUMPUR: Seorang anggota bomba yang dikenali sebagai Yograja Nadaraja, Pegawai Bomba Kanan 1 ...

    KUALA LUMPUR: Seorang anggota bomba yang dikenali sebagai Yograja Nadaraja, Pegawai Bomba Kanan 1 telah meninggal dunia dalam tragedi nahas pagi tadi di persimpangan lampu isyarat Kintara-Puchong yang menghala ke Taman Sri Manja. 

    Mangsa pernah terlibat dalam operasi dan menyelamat semasa tragedi Highland Tower suatu ketika dulu dan beliau turut terlibat dalam perjumpaan dengan 'bayi' yangDAPAT diselamatkan, Nur Hamidah bersama anggota bomba yang lain di kaca TV baru-baru ini.


    Menurut jurucakap bomba, laporan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira 2 pagi tadi.
    "Dukacita dimakumkan Yogaraja yang bertugas di unit Pengesan K-9 dan pernah berkhidmat di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.
    "Mayat mendiang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.
    Apapun, takziah kepada keluarga mendiang. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan besar ini. 




    0 comments:

    Post a Comment