#NEW DELHI – Baharu berusia enam tahun tetapi sudah berkahwin. Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan apabila seorang budak perempuan yang masih muda dikahwinkan dengan seorang lelaki berusia 35 tahun, yang layak digelarnya sebagai bapa.
#Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 23 Jun lalu dalam satu majlis perkahwinan secara rahsia yang diadakan di sebuah kuil tempatan di India.
#Polis kini sedang menyiasat orang tengah yang mengatur perkahwinan tersebut selepas gambar kedua-dua pasangan pengantin itu tersebar di media sosial.
Manakala pengantin lelaki, Ratan Lal Jat, yang merupakan anggota jawatankuasa penduduk di kampung Gangrar, negeri Rajasthan telah ditahan.
Lat Jat dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan perkahwinan itu adalah bagi memenuhi adat kuno digelar Nata Pratha.
Adat itu membolehkan seorang lelaki menjalin hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin sekiranya lelaki itu membayar wang kepadanya untuk tinggal bersama-sama.
Amalan itu bagaimanapun hanya boleh dilakukan sekiranya lelaki dan wanita itu masing-masing berkahwin dengan orang lain.
Memandangkan Lat Jat adalah bujang, maka dia terpaksa berkahwin dengan budak tersebut untuk memenuhi syarat amalan kuno itu.
Meskipun keluarga budak perempuan itu mendapat wang bagi perkahwinan berkenaan, namun budak tersebut dibenarkan menetap bersama keluarganya. – Mynewshub.cc

0 comments:
Post a Comment