Wednesday 6 April 2016

Filled Under:

WOW !! TAHNIAH ABAM !!! AKHIRNYA BAKAL KAHWIN JUGA !! Serius Sebijik Cantik Macam Bidadari...Untunglah dia! Jom skodeng foto wajah sebenar bakal isteri Abam Bocey yang Hot bertudung dan mengancam berasal dari Sabah. Pandai Abam pilih calon isteri kan



    Bagi peminat peminat Abam Bocey di luar sana, pastinya anda mengetahu bahawa bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh kelaurganya.

      “Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

      “Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

      “Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

    Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya. All the best untuk Abam dan juga pasangan. Semoga segala urusan ke fasa yang lebih serius dipermudahkan.




    0 comments:

    Post a Comment