Monday, 20 June 2016

Filled Under:

Terlihat Lelaki Dan Budak 5 Tahun Atas Skuter. Apa Yang Dia Bakal Buat Bakal Buat Ramai MARAH !!!

    Terlihat Lelaki Dan Budak 5 Tahun Atas Skuter. Apa Yang Dia Bakal Buat Bakal Buat Ramai MARAH !!!




    Terlihat Lelaki Dan Budak 5 Tahun Atas Skuter. Apa Yang Dia Bakal Buat Bakal Buat Ramai MARAH !!! | Seorang wanita menceritakan satu kejadian di mana dia telah menyaksikan seorang penunggang motorsikal hampir merogol seorang kanak­kanak perempuan di belakang rumahnya. Ikuti ceritanya:


    Lelaki itu betul­betul menghentikan motosikalnya di hadapan tong sampah rumah saya. Selalunya kejadian seperti ini saya baca dalam surat khabar atau tengok di berita televisyen sahaja. Hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata saya sendiri, di taman perumahan Taman Kota Jaya.


    Tadi (20/06/2016), dalam jam 11.30 pagi, saya ke dapur untuk menyiapkan bekal untuk anak (Uzma, 5) sebelum masuk ke sekolah pada jam 12.00 tengah hari. Semasa tengah menyiapkan bekal itu, tiba­tiba datang seorang lelaki yang menunggang motosikal membawa seorang kanak­kanak perempuan berusia lingkungan 4 atau 5 tahun berhenti betul­betul di belakang rumah saya.


    Pandangan dari dalam rumah saya.

    Budak itu berdiri di depan motosikal (motosikal macam skuter) sambil beg sekolah di belakangnya. Lelaki terbabit mengalihkan beg kanak­kanak itu sambil mata dia memandang ke kiri kanan. Dia tidak nampak saya sebab cermin dapur memang gelap dan hanya penghuninya boleh melihat ke luar rumah. Selepas mengalihkan beg kanak­kanak yang hanya berdiri kaku itu, lelaki itu kemudiannya membuka zip seluarnya sebelum
    mengangkat baju serta kain kanak­kanak berkenaan.


    Belakang rumah saya.

    Saya terus menjerit sekuat hati sambil tangan menepuk­nepuk tingkap rumah. Saya menggigil sambil menangis sebab saya sangat takut pada ketika itu. Jeritan itu membuatkan lelaki terbabit terkejut dan matanya liar memandang kiri kanan mencari dari mana datangnya suara jeritan itu.

    Selepas itu, dia terus memecut motosikalnya.

    Ya Allah! Saya tidak tahu apa nasib kanak­kanak berkenaan selepas itu. Saya hanya sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal itu dan telah membuat laporan polis.

    Berdasarkan logo yang tertera pada baju, kanak­kanak itu adalah pelajar pra­sekolah (tabika) di dalam sebuah sekolah kebangsaan yang berhampiran rumah saya. Saya juga telah melaporkan perkara itu kepada guru yang berkenaan dan akan membuat proses pengecaman.

    Minta semua ibu bapa lebih berhati­hati. KREDIT FB ZARRA VIA AMAZINGNARA.




    0 comments:

    Post a Comment