Saturday, 4 June 2016

Filled Under:

Kantoi Tipu Cerita. Ini Tindakan Kak Hassanah Yang Buat Ramai HAMPA !!!

    Kantoi Tipu Cerita. Ini Tindakan Kak Hassanah Yang Buat Ramai HAMPA !!!




    Kantoi Tipu Cerita. Ini Tindakan Kak Hassanah Yang Buat Ramai HAMPA !!! | Mula­mula aku malaslah nak layan ceritai ni. Ini hanyalah cerita halusinasi seorang agamawan dalam laman sosial sahaja.

    Tetapi bila aku baca komen­komen mempertahankan Kak Halusinasi ini oleh para pengikut maya beliau, sampai ke tahap mengkafir dan menghina Zaril Abu Zainal dan keluarganya, aku rasa sebagai kawan rapat dan business partnernya wajib mempertahankan mereka!

    Gambar Pertama

    Tak salah kalau nak tersilap menyangka keluarga ini orang putih. Mata Zaril yang berwarna coklat inilah yang telah memikat hati Haiza, isterinya dulu. Tambahan, orang Kampung Pokok Mangga, Melaka ini memang bertutur dalam bahasa inggeris dengan anak isteri.


    Gambar Kedua

    Kak Halusinasi ini telah mengiakan kejadian berlaku dalam penerbangan KA8715 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dalam komen. Bagaimanapun telah didelete oleh beliau.

    Tetapi bila aku tengok Boarding Pass yang ditunjukkan oleh Zaril, mahu saja aku maki dia sebab ingatkan dia yang perasan Mat Salleh sebab waktu ketibaan dalam boarding pass Zaril itu berbeza dengan waktu ketibaan yang Kak Halusinasi dakwa iaitu jam 1..36 malam (Sila rujuk gambar 3 dan 4).


    Tetapi, rupa­rupanya pada malam itu pesawat AK8715 dimaklumkan delayed dan sampai ke KLIA pada jam 11.35 malam (sila rujuk gambar 5).

    Gambar Keenam dan Ketujuh.

    Pramugari dan penumpang lain yang aware dengan kejadian ini telah tampil mengesahkan mereka berada dalam penerbangan yang sama dan bercakap tentang orang yang sama.

    Takkanlah dalam pesawat Kak Halusinasi ini ada dia, pasangan mat salleh, baby mengamuk saja sampai tiada saksi lain langsung yang tampil menyokong Kak Halusinasi? Yang sokong, semua yang ketagih candu agama hakak dalam Facebook saja.

    Adalah amat mustahil pada waktu yang sama ada dua penerbangan didaftarkan pada nombor penerbangan yang sama (AK8715) dan kedua­dua penerbangan delayed sama­sama, mendarat sama­sama, juga ada seorang anak kecil meraung mengamuk kerana lampu dan bapanya bawa dia pergi ke tandas.



    Cuma yang berbezanya, seorang ditenangkan dengan ‘baca­baca’ dan terlelap di dada Kak Halusinasi, seorang lagi ditenangkan sendiri oleh ibu bapanya. Mustahil!

    Benar, apa yang ditulis oleh Kak Halusinasi ini memang baik isinya. Aku sendiri teresak­esak membacanya dan tidak sabar mahu mencuba pada anak sendiri. Tetapi apa yang menjadi kesalahan, adalah berdosa besar bila dia menipu dalam berdakwah!.

    Yang aku pelik, para pengikutnya turut sama berhalusinasi.

    “Eleh, tak kisahlah tipu ke tidak. Yang penting apa yang dikongsikan itu baik dan bermanfaat. Yang salah itu, mak bapa budak itulah. Mesti pakai macam orang kafir sampai Kak Halusinasi Pendakwah Tinggi Ilmu Agama ingat mereka mat salleh. Takbirr!!”

    Ya Syeikh Ya Maulana Ya Akhir, apatah dipandang pada pakaian ala mat salleh? Sedangkan yang berniqab bangga menyampaikan dan mempertahankan dusta atas nama ALlah dan Nabi Muhammad!

    Munafiq. Ana masih menunggu ‘program’ Kak Halusinasi tamat dan menanti bila dia nak ‘fight’. – John Lemon | PIXEL MEDIA

    TINDAKAN KAK HASSANAH.

    Ramai menunggu balasan balik dari Kak Hassanah. Tapi bila admin cari akaun FBnya, dia telah pun unpublish (tutup) acc FBnya. =(

    Bismillahirahmannirahim..

    Ya Allah. Tuntuni setiap perkataan ku Ya Allah.
    Dan berikan aku kerendahan hati yang paling rendah dan serendahnya. Berikan juga aku kekuatan. Allahumma solli ala sayyidina muhammad.
    Saya tahu, 1 Malaysia menanti posting dari saya.

    1. Di sini saya ingin membuat pengakuan jujur. Tulisan saya yang viral baru­baru ini memang tulisan imaginasi. Ya. Saya duduk seat 33K. Dan ibu bapa itu duduk pada seat 30. Seat kami berhampiran. Flight yang sama. AK8715. Berlepas pada waktu sama. Mendarat pada waktu yang sama. Tapi jalan cerita yang berbeza. Ya, Jalan cerita yang benar adalah apa yang diceritakan oleh ibu bapa tersebut. Semua bukti screenshoot pramugari itu benar. Semua bukti screenshoot penumpang lain juga benar.

    Semua yang dikata oleh ibu bapa tersebut adalah benar. Hanya 1 yang tak benar. Saya tak block fb mereka pun. Jika saya block, kenapa saya dapat melihat komen­komen mereka ? Jika saya block kenapa dia boleh share status yang viral dari wall saya ? Tapi saya bersangka baik. Mungkin maksud ‘block’ beliau adalah dengan tidak membenarkan dia untuk singgah komen di wall saya. Sebab saya telah mengubah setting. Hanya friend sahaja boleh komen. Tapi followers tidak. Jadi saya bersangka baik, mungkin itu maksud ‘block’ yang dimaksudkan. Wallahualam.

    2. Saya tidak berniat untuk hina isteri tuan yang berpakaian seperti itu. Sama sekali tidak. Sebab untuk pengetahuan tuan, dulu saya juga bernampilan seperti itu. Allah maha tahu. Saya sengaja mention mat salleh. Agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tapi saya silap. Sebab Allah tidak pernah tidur. Dan saya lupa satu hal, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran.

    Walaupun manusia cuba menyelindungkan segalanya. Saya harap tuan dan puan maafkan saya. Percayalah, saya tidak pernah mengutuk peribadiatau penampilan kalian. Malah saya sayangkan kalian. Saya doakan kalian. Tuan dan puan jangan bersedih atau kecil hati dengan orang­orang di fb yang hina penampilan kalian. Sebab siapa tahu pengakhiran tuan puan lebih mulia berbanding mereka. Wallahualam.

    3. Kepada para followers dan friends yang saya kasihi kerana Allah. Maafkan saya. Sebab itulah berkali saya tuliskan, Public figure itu manusia biasa juga macam kalian. Jadi janganlah taksub. Sebab akan ada masanya diuji secara ringan atau berat dan begitu juga sebaliknya kepada mereka yang bukan public figure. Cuma ujian kita berbeza. Tapi sandaran kita sama. Iaitu Allah. Dan sebab saya berani membuat pengakuan walau rasa sedih, air mata, tapi saya bersyukur masih punya kekuatan, keberanian sebab sandaran saya ialah Allah.

    4. Janganlah terus ditengking, diherdik, dimaki, dimarah wanita­wanita yang turut memakai niqab atau purdah. Sebab yang bersalah itu adalah diri saya. Bukan diri mereka. Libatkan saya seorang. Itu sudah cukup. Bukan niqab atau serban itu yang mulia. Tapi pakaian takwa itu yang mulia. Maafkan saya.

    P/s: Dengan lafaz bismillah, i’m stop to writing. But doesn’t mean i stop to spread my dawah. Sebab dakwah itu bukan hanya satu lorong sahaja iaitu menulis menulis dan menulis. Hatta memberikan senyuman kepada orang juga dakwah, memulakan salam juga dakwah. Saya takut akan firman Tuhan mengapa saya berkata ini itu tapi saya tidak melakukannya ?

    And i will deleting my fb, insta, telegram. And i will stop writing. Last, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej di messenger fb dengan segala maki hamun, tomahan, kutukan and everything.

    Semoga beroleh kematian dan pengakhiran husnul khotimah.

    Assalamualaikum.




    0 comments:

    Post a Comment