Tuesday 21 June 2016

Filled Under:

Ini Luahan Hati Zahirah MacWilson Apabila Ayahnya, Zainol MacWilson Berkahwin Secara Rahsia

    Ini Luahan Hati Zahirah MacWilson Apabila Ayahnya, Zainol MacWilson Berkahwin Secara Rahsia




    Selepas tersebar sekeping gambar menunjukkan bapa beliau, Zainol MacWilson telah bernikah dengan seorang janda beranak dua di Kangar, Perlis pada 19 Jun lalu, Zahirah MacWilson yakin dan percaya bahawa majlis pernikahan kedua bapanya yang berlangsung itu memang sah diadakan walaupun tanpa pengetahuannya.

    “Apabila ibu memaklumkan perkara itu kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Tetapi sebagai anak, saya hanya doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada portalMalaysian Digest apabila ditanyakan mengenai majlis pernikahan bapanya yang dilakukan secara tertutup sebelum sekeping gambar tersebar meluas.



    Terdahulu, Zainol tampil menegaskan bahawa gambar pernikahan yang tersebar itu adalah sekadar babak lakonan didalam drama popular, Dia Semanis Honey yang dilakonkannya, sekaligus menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa beliau sudah bernikah buat kali kedua. Namun dakwaan terbabit dinafikan oleh pengarah drama itu sendiri.

    Bagaiamanapun, menurut sumber bekas suami wanita yang dinikahi oleh Zainol yang mahu dikenali sebagai Rizal telah mengesahkan berita perkahwinan pasangan tersebut. Beliau yang hanya mendapat tahu mengenai berita itu daripada penduduk kampung turut menyifatkan Zainol sebagai seorang yang pengecut kerana menafikan perkara itu.




    0 comments:

    Post a Comment