Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah berkongsi pesanan untuk rakyat Malaysia di program The Journey, di bawah anjuran Generasi Bersatu Malaysia yang menampilkan 3 ikon personaliti negara , iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato' Kamaruddin Meranun , Dato' Siti Nurhaliza.Di bawah merupakan pesanan beliau ...
- Sewaktu kecil, saya belanjakan wang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari minggu. Saya banyak baca buku English, jadi sebab itu saya fasih Bahasa Inggeris.
- Apabila kita buat banyak kali, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap. Jika anda banyak baca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bacaan buku. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu)
- Di seluruh Alor Star, banyak kedai cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakkan yang ada adalah kedai cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang melayu ketika itu anggap berniaga itu hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status. Saya rasa tak sedap hati. Majoriti orang melayu, masa itu nelayan, rata2 miskin. Kita perlu ubah mindset begini.
- Masa standard 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tak bersekolah. Masa itu saya heran macam mana Jepun boleh kalahkan orang putih. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita.
- Masa Jepun kalah, British kembali semua ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, jadi tanah jajahan British. Maksudnya raja diturunkan pangkat, mereka berkuasa sepenuhnya undang2. Melayu marah, baru marah. Ketika isu usia saya 20-25 tahun, saya bergerak aktif. Malam2 saya tampal poster, protes terhadap british.
- Saya minat politik sejak remaja. Saya banyak bergerak dalam organisasi, persatuan-persatuan melayu, NGO. Masa itu, orang tak nak dengar cakap saya. Katanya, budak kecil, budak kampung. Orang skeptikal. Sebab itu saya sambung belajar, ambil lawyer, ambil doktor.
- 1 skil untuk jadi leader. Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka leader yang boleh bawa orang dari bawah jadi orang berjaya. Leader pertama saya kagum adalah Rasulullah S.AW (baca selawat). No 2, Peter The Great (Rujukan : https://en.wikipedia.org/wiki/Peter_the_Great) , leader dari Russia. Ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.
- Untuk buat apa2, buat dengan disiplin. Jika sekarang, saya perlu sampai pukul 4 ke sini (MMU Cyberjaya), saya akan sampai sebelum pukul 4. Dan saya buktikan pada anda hari ini.
- Jangan ikut keseronokan. Macam contoh, orang kita sekarang suka jadi mat rempit dari belajar dari universiti. Dulu lain, dapat tawaran universiti, kita dulu melompat2 suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.
- Buat kerja dengan amanah, jujur. Dulu saya cipta slogan, "Bersih Cekap Amanah". Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, jika kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain.
- Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara. Jawapan : Kena kuasai segala2 utk keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan. Yang pastinya, insyaAllah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang. Begitu juga soal kemerdekaan, Kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan dari nenek moyang kita pada zaman mereka
PS : Sesungguhnya rakyat malaysia perlu berdikari menjalan hidup mereka bukan sahaja bergantung kepada pekerjaan makan gaji . Sentiasa berusaha untuk menjalankan perniagaan , bermula dari full time hingga ke part time.
0 comments:
Post a Comment