Tuesday, 8 December 2015

Filled Under:

NURSE HOSPITAL SWASTA KL DIPECAT KERANA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA



    KUALA LUMPUR: Hanya kerana menutup aurat seorang jururawat melalui tekanan emosi dari majikannya dan akhirkan ditamatkan kerja.

    Itulah keperitan yang dilalui oleh Naziah Sauni Samat, 24, yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota selama dia berkhidmat di pusat rawatan itu sejak September lalu.

    Naziah ketika ditemui di Astro AWANI Jumaat mengakui dia menyedari bahawa pakaian seragam hospital itu adalah berlengan pendek.


    Dia sendiri telah memberitahu pegawai kanan hospital itu bahawa dia tidak menerima tawaran pekerjaan di situ sekiranya tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang.

    “Semasa menjahit pakaian seragam berlengan panjang itu, Jabatan Sumber Manusia hospital itu melarang saya dari berbuat demikian namun saya memberitahu mereka tentang kebenaran yang diperoleh dari pegawai kanan di situ.

    “Dua bulan selepas baju seragam saya siap, segala masalah bermula. Pihak Sumber Manusia telah menyuruh saya memotong lengan pakaian seragam itu. Saya mengadu kepada pegawai kanan yang sama.



    “Saya terkejut apabila dia berkata tidak pernah memberi kebenaran memakai pakaian seragam lengan pendek,” katanya.

    “Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.

    Naziah turut mengaku yang dia mengalami tekanan emosi apabila dia dianggap berdegil kerana tidak mematuhi arahan hospital. Sehubungan dengan itu, dia telah disuruh balik selepas tiba di hospital untuk bertugas.

    Akibat tertekan, wanita ini membuat keputusan untuk tidak pergi kerja selama tiga hari.

    Namun, Naziah mengubah fikirannya dan membuat keputusan untuk akur dengan kehendak majikannya. Lengan pakaian seragamnya dipotong dan memakai stokin lengan berwarna kulit.

    “Saya diarahkan menanggalkan stokin lengan tersebut dan diberitahu jika tidak, saya tidak dibenarkan bekerja. Saya tidak menanggalkan stokin lengan itu. Majikan kemudian mengarahkan saya supaya datang bekerja hanya selepas saya mematuhi etika pemakaian hospital itu.

    “Tidak lama selepas itu, saya diberitau bahawa saya telah diberhentikan kerja dengan alasan saya tidak hadir bertugas tanpa sebab,” katanya.

    Naziah turut mendapatkan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan perbincangan dengan wakil hospital itu.

    Selepas perbincangan itu, pihak hospital telah membuat laporan polis mengenainya.

    Tidak berapa lama kemudian, Naziah membuat laporan polis.

    Dalam laporan itu, wakil hospital menyatakan bahawa kakitangan Islam hospital itu harus berpakaian seragam seluar panjang, kemeja pendek dan anak tudung dan ini tidak dibantah oleh mana-mana kementarian dari kerajaan sehingga hari ini.

    Laporan itu turut berkata, ini adalah ‘standard dress code’ untuk setiap kakitangan hospital itu.

    Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara ini tidak harus berlaku.

    “Di Malaysia, amalan beragama dibenarkan dan sesiapa pun boleh mengamalkan kepercayaan mereka. Kita rasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini.

    “Jika ia berterusan, ia tidak menggalakkan perpaduan. Pihak kami menggesa Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan JAKIM mengambil tindakan sewajarnya.

    Katanya dalam setahun, PPIM biasanya menerima lebih 20 kes yang jatuh dalam golongan diskriminasi agama.

    VIDEO : PERBEZAAN HOSPITAL KERAJAAN & HOSPITAL SWASTA






    0 comments:

    Post a Comment