Wednesday, 16 December 2015

Filled Under:

SULTAN BERTITAH NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI SERTA MERTA

    Sepujuk surat yang didakwa titah Sultan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dimana isi surat berkenaan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan serta merta.


    ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAN.

    BACA JUGA : TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA (HELAIAN KEDUA).

    Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan Raja Agung Malaysia yang sebenar, menitahkan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umum perletakan jawatan Dato' Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia serta merta.

    Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN 'TREATY' yang di tanda tangani oleh President Amerika Syarikat, Mr. Barack Obama ketika kunjungan beliau ke Malaysia pada 26-28 April 2014 yang lalu. Dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan Malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN. Tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

    Dengan ini tidak perlu Dato Sri menangguhkan pengisytiharan perletakan jawatan tersebut. Titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

    Kepada pemangku Beta, nenda Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah merangkap YPD Agong Malaysia, Beta memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas warkah terbuka.

    BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.


    P/S - Tapi Sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? macam macam hal sekarang ini. Ekoran surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook.

    VIDEO : Najib kasi Rosmah malu di APEC BEIJING, 11 Nov 2014






    0 comments:

    Post a Comment