Monday, 7 December 2015

Filled Under:

MASIHKAH ANDA INGAT NUR AMALINA CHE BAKRI PELAJAR CEMERLANG YANG MEMPEROLEH 17 A??


    Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.

    Berdasarkan maklumat yang diterima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar", dan buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).
    Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?
    • Keputusan SPM 2004 dengan 17A
    • Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
    • Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
    • Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik
    • Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
    • Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London
    • Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi lagi
    • Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA
    Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik.

    Jikalau anda mahu lihat contoh resume Amalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri

    Impressive !!

    Jikalau Universiti tempatan, kami tidak ambil port sangat tetapi master dari Universiti Cambridge. TABIK SPRING !!

    Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.

    Dan semakan kami menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.

    Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.

    Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.

    Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

    Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.
    InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.
    Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.
    Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

    ***************
    Nota Diri

    Allah taala memilih kita melalui wasilah manusia,
    Bila Allah lukiskan sesuatu takdir untuk kita, tiada siapa yang memadamkannya,

    Tawakallah dalam setiap perkara,
    dalam setiap saat kehidupan.

    Doa yang terbaik.

    VIDEO : amalina che bakri best student 3






    0 comments:

    Post a Comment