Sunday 16 October 2016

Filled Under:

"PERCAYA AHLI KELUARGA DULU DARIPADA ORANG LUAR ". Akhirnya Terjawab, Punca Sebenar Lelaki Nekad Bunuh Bakal Abang Ipar Sendiri, Ini Kronologi Terkini!


    "PERCAYA AHLI KELUARGA DULU DARIPADA ORANG LUAR ". Akhirnya Terjawab, Punca Sebenar Lelaki Nekad Bunuh Bakal Abang Ipar Sendiri, Ini Kronologi Terkini!



    Unit Forensik PDRM mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Terengganu



    KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Seorang lelaki yang berusia 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama dengan enam kesan tikaman di tempat letak kereta di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) disini pagi tadi.



    Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, siasatan awal mendapati mangsa ditikan oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi.



    "Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36 pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.



    "Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.



    Menurut beliau lagi, suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam mangsa sebanyak enam kali yang mana dua darinya di bahagian leher dan dada kiri sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.



    "Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan dua orang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama.



    "Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan dua lagi rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini," katanya.



    Tambah beliau lagi, pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



    Sementara itu, pengawal keselamatan tersebut berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: "Saya tak nak kacau orang".



    "Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta," katanya..


    Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu.






    PERCAYA AHLI KELUARGA DULU DARIPADA ORANG LUAR.


    - Sepasang kekasih dan abg si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yg lelaki itu sudah berkahwin.(kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).


    - si wanita tidak mempercayai kata2 abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan org lain berbanding abg sendiri kerana ..)


    -pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai 2 bini..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.

    -sampai tempat parking, si kekasih adik telah menikam abg kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yg yg dinginkan wanita itu?lelaki seperti ini ingin dijadikan suami


    Kepada wanita diluar sana, dengar dan percaya dahulu la pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding org luar kalau hadapi kes mcm ni.. kerana syaitan banyak berupa manusia sekarang ini..




    0 comments:

    Post a Comment