Friday 14 October 2016

Filled Under:

Al-Fatihah Nadiya Nisa. Kehilangan Seorang Lagi Insan Yang Tersayang.. Takziah Nadiya Nissa. Semoga Ditempatkan Dikalangan Orang Yang Beriman...


    Al-Fatihah Nadiya Nisa. Kehilangan Seorang Lagi Insan Yang Tersayang.. Takziah Nadiya Nissa. Semoga Ditempatkan Dikalangan Orang Yang Beriman...



    Bukan mudah untuk tampil berdepan dengan orang ramai apabila berita mengenai anaknya yang meninggal dalam kandungan diketahui umum. Oleh itu, sebelum ini Nadiya Nisaa tidak pernah tampil memberikan komen ketika berita berkenaan mendapat perhatian ramai.





    Nadiya akui beliau sehingga kini masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan dan agak sukar bagi beliau untuk menceritakan lebih lanjut kejadian itu.


    Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.


    Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak. Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.





    Walaubagaimanapun, Nadiya memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir . Buat Nadiya, apa yang berlaku mengajar beliau untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat.


    Tidak ada apa yang perlu saya ratapi kerana semuanya sudah suratan. Saya terima ujian ini dengan tabah dan perlu menjalani kehidupan seperti biasa.


    Saya tahu kes begini pernah berlaku dan sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga menguatkan lagi semangat saya.





    Terus tabah dan percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa tahu pada masa hadapan, Nadiya Nisaa diberikan peluang untuk hamil lagi. Teruskan berdoa.




    0 comments:

    Post a Comment