Monday 1 February 2016

Filled Under:

MESTI BACA! Amaran Keras Syamsul Yusof Mengenai Filem Munafik Buat Penonton Baca selanjutnya




    Pastinya penonton dan juga peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem terbaru arahan Syamsul Yusof bukan? Filem seram Munafik bakal menemui penonton di pawagam mulai 25 Februari dan dianggap karya seram paling ekstrem pernah dihasilkan pengarah Syamsul Yusof.
    Syamsul Yusof dalam pada itu menerusi laman Instagram miliknya sudah beberapa kali memuat naik poster filem berkenaan bersama peringatan supaya pesakit jantung dan ibu mengandung tidak menonton filem berkenaan. Apabila pengarah filem Munafik sendiri memberi peringatan, ia pastinya menimbulkan persoalan apakah ia sekadar gimik atau sekadar mahu melariskan filem tersebut?
    MESTI BACA! Amaran Keras Syamsul Yusof Mengenai Filem Munafik Buat Penonton
    Filem Seram Munafik.
    Syamsul Yusof ketika dihubungi bagaimanapun berkata, amaran yang diberikan bukanlah gimik bagi mencabar penonton supaya menonton filem Munafik sebaliknya beliau buat sebegitu atas rasa tanggungjawab bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
    Beliau mengakui berasa bimbang apabila naskhah yang akan menemui penonton mulai 25 Februari itu dianggap karya seram paling ekstrem pernah dihasilkannya.
    “Ketika membikin filem ini, saya meletakkan sasaran untuk menghasilkan naskhah dengan elemen seram yang tinggi, selain mahu menjadikan Munafik sebagai judul daripada genre seram yang akan diingati dalam industri filem tanah air.
    “Memang jujur saya katakan, Munafik memiliki babak seram yang ekstrem apabila ia banyak memaparkan aksi mengejutkan, ditambah pula dengan sistem bunyi yang berkualiti.
    “Boleh dikatakan, ia memaparkan babak dua kali ganda lebih seram daripada filem saya sebelum ini, Khurafat. Elemen seperti inilah yang dibimbangi boleh memudaratkan penonton, khususnya pesakit jantung dan ibu mengandung,” katanya.
    MESTI BACA! Amaran Keras Syamsul Yusof Mengenai Filem Munafik Buat Penonton
    Pengarah, Pelakon Syamsul Yusof.
    Kata Syamsul, peringatan itu juga dirasakan perlu apabila memikirkan banyak visual memaparkan aksi di tanah perkuburan dan bilik mayat yang boleh mengganggu psikologi khalayak.
    “Pada masa sama, Munafik cukup istimewa sehingga mendapat perhatian pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ia sarat dengan unsur agama, yang dirujuk daripada al-Quran dan hadis.
    “Ketika filem ini ditonton oleh wakil Lembaga Penapisan Filem (LPF), mereka terpaksa merujuknya kepada JAKIM dan beberapa babak diminta supaya diubah kerana dibimbangi menyentuh sensitiviti agama.
    “Begitupun, saya memiliki alasan kukuh untuk menampilkan babak sedemikian, yang dirasakan tidak menyimpang dari landasan agama. Malah, saya mendapatkan banyak pandangan daripada alim ulama, selain ia jelas terkandung di dalam hadis dan kitab suci,” katanya.
    MESTI BACA! Amaran Keras Syamsul Yusof Mengenai Filem Munafik Buat Penonton
    Selain dirinya sendiri, Munafik yang diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd turut dibintangi Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin dan Fizz Fairuz.
    Haihh! Ida Melly ni memang suka sangat cerita-cerita seram ni. Tak sabar betul nak tengok! :p





    0 comments:

    Post a Comment