SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan tiada sebarang kejadian buli yang berlaku terhadap murid 8 tahun yang didakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri, lapor Harian Metro.
Menurut beliau, kejadian yang sebenar adalah murid itu cedera pada lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.
"Tiada sebarang bukti diperolehi sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit yang mendakwa dipaksa oleh sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.
"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialaminya itu adalah kecuaian diri sendiri," katanya.
Terdahulu ibu mangsa menafikan dakwaan guru sekolah terbabit yang mendakwa anaknya menggunting lidah sendiri. - SUMBER
0 comments:
Post a Comment