Sebelum ini, kecoh apabila pelakon Maya Karin cuba menaiki pengangkutan awam dan memuat naik status di twitter bahawa menaiki pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang memalukan. Bahkan Maya Karin Bidas Keluhan Zahra ‘Jangan Malu Terpaksa Naik LRT’ yang telah menjadi viral di media sosial pada suatu ketika dulu.
Malahan, Maya Karin turut merasai keperitan netizen yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan yang tinggi disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Malah, Maya juga bersimpati atas nasib rakyat Malaysia.
“Selain beberapa rakan artis yang saya rapat, saya juga ada ramai kawan rapat dari latar belakang kerjaya yang berbeza-beza. Secara tidak langsung apabila saya bersama dengan mereka membuatkan saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya ini bukan selebriti malah saya sebenarnya tidak gemar digelar selebriti.”“Sebaliknya berlakon dan menyanyi itu hanyalah kerja saya. Saya selalu ambil tahu mengenai perkembangan semasa. Saya juga membaca komen, pendapat dan luahan masyarakat di laman-laman sosial tentang perkembangan ekonomi sekarang.”
Bahkan, Maya sendiri mengambil berat tentang situasi yang dialami pekerja, ahli keluarga serta rakan terdekat mengenai kos sara hidup mereka. Malah, Maya sangat terkejut dengan kenaikan tol yang mendadak sehingga memberi kesan terhadap dirinya sendiri.
“Saya juga ada bertanya kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat rakaman naungan saya misalnya mengenai gaji mereka, bayaran tol dan sebagainya. Saya bertanya juga kepada jiran-jiran, kepada ahli keluarga saya antaranya yang tinggal di Sri Kembangan dan Sungai Penchala.”“Sebab, saya sendiri terkejut tol Sungai Penchala sampai RM3. Saya akui saya juga terkesan dengan kenaikan tersebut dan situasi ekonomi sekarang sebab saya seorang yang berjimat. Sejak kecil saya sudah didik dengan sikap tidak berbelanja berlebih-lebih sangat sebaliknya membeli apa yang betul-betul perlu.”“Jadi dalam situasi kita sekarang, saya faham dengan kekecewaan dan apa yang dilalui masyarakat.”
Apapun, Maya Karin seorang yang sangat mengambil berat tentang kehidupan. Jarang nak jumpa artis yang memahami jiwa rakyat ni.
0 comments:
Post a Comment