Showing posts with label TREND. Show all posts
Showing posts with label TREND. Show all posts

Sunday, 13 December 2015

GARA-GARA KONTROVERSI CINTA, PERSAHABATAN LUFYA DAN ALMARHUM TUNKU ABDUL JALIL TERPUTUS

Gara-gara kontroversi cinta, persahabatan Lufya dan Almarhum Tunku Abdul Jalil terputus


PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai


“Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

“Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti ‘cinderella’ yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu,” tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan


Lufya dan Tunku Abdul Jalil bersahabat sejak 10 tahun lalu.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor

Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

“Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja,” ujarnya.

Sumber : mstar

VIDEO : Lufya – Doaku (0st Ramadan Jangan Pergi)




Friday, 11 December 2015

LAGU 'DADDY' NYANYIAN PSY DITONTON 44 JUTA DI YOUTUBE


SEJAK lagu Daddy, nyanyian Psy dilancarkan 30 November lalu, penyanyi itu kembali berada di carta Billboard 'Hot 100'.

Menurut laporan Koreaboo, lagu menerusi album ketujuh itu terus mendapat perhatian dunia, ditambah dengan klip video yang unik meraih perhatian ramai.

Setakat ini, Daddy meraih lebih 44 juta tontonan di YouTube.

Terdahulu, lagu-lagu Psy yang berjaya menembusi carta Billboard 'Hot 100' ialah Gangnam Style, Gentleman dan Handover.

Lagu Daddy turut menampilkan anggota kumpula 2EN1, CL.

VIDEO : PSY - DADDY(feat. CL of 2NE1) M/V




MAKIN PARAH…!!! LEPAS BERGADUH DENGAN NORA DANISH, FASHA SANDHA BERGADUH DENGAN ADIK IPAR SENDIRI DI INSTAGRAM



KISAH rumah tangga pelakon Fasha Sandha bukan perkara baharu diperkatakan dalam kalangan peminatnya.

Terbaharu, aktres itu dikatakan ada ‘bertelagah’ dengan adik iparnya sendiri gara-gara campur tangan peminat menerusi laman sosial.
Peminat dikatakan sengaja melaga-lagakan mereka apabila adik ipar Fasha yang dikenali sebagai Azalea memuat naik gambar throwback nya dengan bekas kakak ipar, aktres Nora Danish.


Difahamkan disebabkan gambar throwback tersebutlah, Fasha mengeluarkan komen panjang lebar seperti di bawah ini.


Dan tidak berapa kemudian, Fasha dikatakan memadamkan komen tersebut di Instagram Azalea.

Namun, seperti biasa peminat sempat screen capture apa yang sudah ditulis oleh aktres berusia 31 tahun itu.

VIDEO : Fasha Sandha Hisap Rokok Dan Mabuk




Wednesday, 2 December 2015

NARUTOXFASHION : MEMPERAGA PAKAIAN SEPERTI DALAM KOMIK NARUTO (18 GAMBAR)

Manga Naruto baru sahaja tamat dan sekiranya anda merindui Naruto anda boleh follow Tumblr NarutoXFashion. Wajah watak manga ini dipadankan dengan model yang memperagakan fesyen. Actually Sasuke dan Gaara agak sylo sebagai model.







Sumber : Naruto X Fashion

VIDEO : BEST COSPLAY FUN NARUTO FASHION SHOW




6 ILUSTRASI SINIS MENEGUR TABIAT GENERASI MASA KINI

Generasi sekarang diberikan label Millennial. Golongan ini dikatakan lebih pintar, lebih berpendidikan, lebih pandai teknologi dan lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Tapi bukan semuanya begitu, Millennial juga dikatakan lebih kurang ajar, kurang bijak bergaul dan mudah mengalah. Beberapa set ilustrasi yang menegur tabiat generasi muda. Idea asal kepada ilustrasi ini adalah daripada seorang pelajar PHD dalam bidang kanser genetik di Universiti Edinburgh. Ya ! Ianya bukannya direka oleh seorang pelajar seni.

Ia dihasilkan oleh Ajit Johnson
Follow akaun Instagram beliau disini.

** Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia untuk senang difahami. :)








VIDEO : Marc Maron: The Social Media Generation Animated