Friday 15 April 2016

Filled Under:

AKIBAT SERING DIEJEK , 4 FOTO TERBARU SITI SARAH SELEPAS BUAT PEMBEDAHAN HIDUNG AMAT MENGEJUTKAN.PASTI KORANG TERKEJUT.. !


    Hidung-Diejek-Siti-Sarah-Pernah-Terfikir-Buat-PembedahanGara-gara sering diejek berhubung fizikal hidungnya yang dikatakan tidak sempurna, penyanyi Siti Sarah mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.Sarah berkata, sebagai manusia biasa dia juga ingin kelihatan cantik seperti wanita lain biarpun hasratnya itu tidak pernah diluahkan secara terbuka.

    “Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik,” katanya.

    Dalam pada itu, Sarah memberitahu sejak memuat naik status berkenaan keinginannya untuk melakukan pembedahan sudah tiada kerana menyedari tindakannya itu adalahMalah kata Sarah, dia terharu apabila ramai pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepadanya dan tidak memperdulikan kata-kata cacian berhubung fizikalnya.


    “Saya sedar sekiranya saya ikutkan rasa hati saya sudah menidakkan ciptaan sebaik-baiknya yang Allah berikan kepada saya selain membuktikan saya seorang yang tidak kuat dalam mengharungi dugaan kecil itu.Alhamdulillah keterbukaan saya bercakap secara terbuka mengenainya telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan kerana ia perbuatan sia-sia,” jelasnya.

    Malah kata Sarah, dia juga pernah menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan tersebut kepada suaminya iaitu pelawak Shuib Sepahtu namun lelaki berkenaan memberitahu dia menerimanya seadanya.

    “Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya.Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan,” ujarnya.

    Bercakap mengenai luahannya tempoh hari, Sarah berkata, dia tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin bertanya.

    Malah kata Sarah, dia mengakui tidak sepatutnya mendedahkan nama individu yang menyelarnya secara terbuka dan rasa bersalah mengenai perkara itu.“Saya patut kaburkan sahaja nama mereka kerana bukan tujuan saya untuk menghentam atau memburuk-burukkan mereka tetapi cuma ingin bertanya jika mereka berada ditempat saya.

    “Saya rasa bersalah juga kerana ramai orang salah anggap luahan saya itu tetapi saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,” jelasnya.

    Sumber : http://informasi-viral.blogspot.com/2016/04/4-foto-terbaru-siti-sarah-selepas-buat.html?m=1




    1 comments:

    1. org yg menghina kita sama seperti org tu menghina kejadian Allah, saya suka tgk sara.. cantik.. itu anugerah Allah untuk kita.. love u.. kipidap.. dan semoga success selalu.. lantak la org nk kata ape.. yv penting kita happy

      ReplyDelete