Thursday 17 December 2015

BACA NI...!!! MESTI RAMAI YANG TAK TAHU KAN MAKSUD SEBENAR BIN, BTE DAN BINTI NI...??? OOOOO...RUPA-RUPANYA...???



PANAS NEELOFA BERGELAR ISTERI KETIGA DATO ...



MELALUI laporan daripada BBC, penjualan tudung jenama Nealofar yang dikeluarkan oleh pelakon dan pengacara jelita tanah air, Neelofa telah mencecah RM50 Juta iaitu dua kali ganda dari jangkaannya.

Adat bergelar artis, Neelofa juga turut berhadapan dengan kontroversi. Dan dia memilih untuk tidak melatah diatas perkara tersebut.

Jenama tudungnya yang mempunyai hampir 700 pengedar sah termasuk di Brunei, London, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Belanda tidak dapat menghalang dirinya dari dikatakan sebagai isteri ketiga orang kenamaan.



public cukup bijak utk menilai gossip mcm. Why would i make that kind of decision, jadi number 3 mcm tu je? Penat kerja siang malam untuk settle down that way? Hmmm fikir-fikirkan my dear

Rata-rata peminat Neelofa memberikan sokongan kepada dirinya untuk tidak menghiraukan khabar angin itu sewaktu dia menjelaskan persoalan itu di akaun instagram miliknya.

Ia adalah hak masing-masing untuk mempercayai atau tidak mempercayai perkara ini. Neelofa berpendapat bahawa orang ramai sudah cukup cerdik untuk menilai sendiri perkara ini.

SUMBER: kitabantai

VIDEO: Neelofa - Lelaki idaman




"WAHAI NAJIB RAZAK, KAU TAK PERNAH RASA" - LUAHAN SEORANG LELAKI MENJADI VIRAL


Satu luahan terbuka seorang pengguna Facebook telah menjadi viral. FB bernama Mohd Ruzaimi menjadi tumpuan ramau di laman sosial dan statusnya itu dipersetujui ramai.

Menurut Ruzaimi, apa yang ditulis olehnya adalah dari pengalamannya sendiri yang beliau sifatkan mungkin tidak pernah dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan negara.

Sehingga kini, Status Ruzaimi itu sudah menerima lebih dari 2 ribu share dari para pengguna facebook.

Ini tulisan dari Ruzaimi di laman facebook:

Wahai Najib Razak..
Kau tak pernah rasa macam mana tengok beg duit ade cuma rm5
Kau tak pernah rasa pergi ATM tengok dalam akaun ada rm20 dan hanya dapat keluarkan rm10
Kau tak pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama seminggu
Kau tak pernah rasa nak tuang minyak tengok dalam poket cuma ada rm5 tapi hanya tuang rm3
Kau tak pernah rasa makan nasi di tepi jalan masa tengah rehat kerja sambil kenderaan lalu lalang dan bnyak debu jalanan
Kau tak pernah rasa bila tiada duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3 helai rm10
Kau tak pernah rasa bila ada modal sikit meniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran
Kau tak pernah rasa bila malam terpaksa tutup semua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik
Kau tak pernah rasa satu hari hanya boleh guna 2 baldi air untuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air
Kau tak pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal-mahal tapi teringat dalam beg duit ade rm30
Kau tak pernah rasa walaupun demam tapi tak beli panadol kat 7 Eleven sebab duit tak cukup
Kau tak pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerja walaupun baju hujan tiada demi tak dipotong gaji bulanan
Kau tak pernah rasa bila dapat gaji rm900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari kedua dah bermasam muka sebab banyak benda nak dibayar
Kau tak pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai rm2 untuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hanya bole tahan selama 3 hari
Kau tak pernah rasa bila ibu bapak kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dalam hati saja dan mengambil masa yang agak lama untuk tunaikan impian ibu bapa kita tu
Kau tak pernah rasa ini semua sebab bila kau bangun dari tido semuanya dah tersedia..
Inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.

Sumber : sembangterbang

VIDEO : WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE - NAJIB





Wednesday 16 December 2015

10 SEBAB SITI NUR DIANA MENANG GEGAR VAGANZA YANG RAMAI TIDAK TAHU DAN TIDAK TERFIKIR IA AKAN TERJADI



BUKTI KEJANTANAN SEBENAR FIZO OMAR TERSERLAH AKHIRNYA MENUTUP KES HINA DATO VIDA

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Itu lah tindakan terbaik yang diambil oleh Fizo Omar. Semalam, ketika kerancakkan konsert akhir Gegar Vaganza 2, Fizo Omar telah memuatnaik status yang tidak disenangi oleh peminat-peminat rancangan tersebut.



Akibat daripada status tersebut, Fizo menerima pelbagai reaksi negatif di laman sosialnya. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Fizo telah pun mengeluarkan kenyataan maaf.

Tahniah diucapkan kpd semua pemenang #gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak astro diatas kejayaan menganjurkan program yg menjadi satu fenomena. 
Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya twit sy mlm td membuat ada pihak yg tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ade kaitan dgn mana2 individu yg terlibat seperti yg telah di viral kan. Dengan rendah diri sya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini.


BACA LAGI : KENYATAAN BALAS DARI DATO VIDA MENGENAI TWIT FIZO OMAR

P/S - Well done bro. Hanya orang ikhlas yang mampu buat perkara ini. Tahniah juga kepada Siti Nordiana di atas kemenangan semalam.

VIDEO : Tweet Fizo: Dato Vida tak kisah, telan semua kritikan




TINDAKAN MENGEJUT BEKAS SUAMI ABBY ABADI GEMPARKAN DUNIA HIBURAN TANAH AIR !

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR & JELAS



Selepas sah bercerai pada 9 Mei lalu, cerita mengenai Abby Abadi dan Farhan tidak lagi begitu hangat diperkatakan orang ramai dan semakin dilupakan dek kerana timbul banyak kontroversi lain sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, bekas suami Abby Abadi itu membuat tindakan mengejut yang menggemparkan industri hiburan tempatan. Nak tahu lebih lanjut, baca kat SINI. Kami sendiri amat terkejut.

Biar betul. Bekas suami Abby Abadi, Farhan buat tindakan mengejutkan bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,"ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR & JELAS



Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

BACA LAGI : Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Sumber : mStar

VIDEO : Kenal ke? bersama Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria




PRAMUGARI BUNUH DIRI TERJUN DARI BANGUNAN [4 GAMBAR]




BACA LAGI : PUNCA KES BUNUH DIRI MELIBATKAN 'ORANG KETIGA'


VIDEO : 10 Maskapai Dengan Pramugari Terseksi Di Dunia




AKHIRNYA FATHIA LATIFF BAKAL MENDIRIKAN ALAM PERKAHWINAN BERSAMA DENGAN SEORANG PELAKON KACAK


TAHUN lalu, kekasih Fathia Latiff iaitu Aiman Hakim pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mahu menjadikan Fathia sebagai isterinya.

Akui Fathia ketika itu, dia memang gembira dengan perkhabaran itu, namun sehingga kini, kenyataan itu masih belum direalisasikan lagi oleh pasangan ini.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, setakat ini hubungan mereka belum lagi mahu ke arah perkahwinan.


“Ucapan itu memang pernah diungkapkan, tetapi selagi tiada persediaan dilakukan, menyebabkan saya mahu fokus dahulu pada kerjaya.

“Impian untuk ke arah perkahwinan itu memang ada, bagaimanapun sehingga kini belum dijodohkan lagi untuk ke arah itu.

“Sejujurnya memang saya mahukan ke peringkat itu (kahwin), kerana hubungan kami juga sudah masuk empat tahun.

“Justeru itu, saya tidak mahu bazirkan masa jika akhirnya tiada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada sidang media teater Bawang Merah Bawang Putih, baru-baru ini.
“Masing-masing sibuk. Ketika saya kerja, dia tak kerja, bila dia kerja, saya pula tidak kerja. Justeru,  masa untuk duduk bersama merancang ke arah perkahwinan tidak ada.

“Saya juga jenis yang sukakan kerja, seperti wanita bekerjanya. Oleh itu untuk terjadinya perkara itu (perkahwinan) memang saya akui agak sukar ketika ini,” katanya.

Pelakon drama Diandra ini memberitahu yang dirinya sebolehnya mahu mengelak berlakunya seperti rakan artis lain di mana hubungan mereka putus di tengah jalan.

“Saya tidak mahu jadi seperti itu, jika saya dah suka seseorang, saya nak orang itu pun serius dengan saya. Namun belum masanya lagi. Buat masa sekarang saya suka bekerja. Apa sahaja tawaran kerja saya akan sambar.

“Keluarga tidak terlalu mendesak untuk saya ke peringkat itu, walaupun usia saya kini sudah sepatutnya mendirikan rumah tangga,” katanya.

VIDEO : Fathia Latiff jawab isu aksi tidak berpakaian dalam satu filem




SULTAN BERTITAH NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI SERTA MERTA

Sepujuk surat yang didakwa titah Sultan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dimana isi surat berkenaan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan serta merta.


ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAN.

BACA JUGA : TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA (HELAIAN KEDUA).

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan Raja Agung Malaysia yang sebenar, menitahkan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umum perletakan jawatan Dato' Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN 'TREATY' yang di tanda tangani oleh President Amerika Syarikat, Mr. Barack Obama ketika kunjungan beliau ke Malaysia pada 26-28 April 2014 yang lalu. Dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan Malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN. Tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu Dato Sri menangguhkan pengisytiharan perletakan jawatan tersebut. Titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

Kepada pemangku Beta, nenda Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah merangkap YPD Agong Malaysia, Beta memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas warkah terbuka.

BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO' SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.


P/S - Tapi Sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? macam macam hal sekarang ini. Ekoran surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook.

VIDEO : Najib kasi Rosmah malu di APEC BEIJING, 11 Nov 2014




IBU JEJAI TAMPIL BUAT PENJELASAN ISU PENCERAIAN YANG DIFITNAH OLEH RINAKATERIENA



GAMBAR TERKINI !! FASHA SUDAH DIBUANG DARIPADA KELUARGA JEJAI



PANAS !!! TERKEJUT SULTAN ... INILAH SYARAT KETAT DARI SITI NORDIANA KALAU MAHU MENGAHWININYA


PANAS !!! TERKEJUT SULTAN ... INILAH SYARAT KETAT DARI SITI NORDIANA KALAU MAHU MENGAHWININYA

Biarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6 tahun.

Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi lebih baik.

“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” ujar Nana.

Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.

“Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga,” tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak.



Tuesday 15 December 2015

FIZZ FAIRUZ TERGAMAM BACA LUAHAN DERITA ALMY NADIA DI INSTA . PENDERITAAN YANG PERIT BAGI SEORANG ISTERI. BERSABARLAH ALMY NADIA !


Dugaan dalam hidup rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Pernah dilanda kontroversi berkaitan suaminnya dengan seorang pelakon baru tahun ini, Almy Nadia menjelaskan dia meletakkan kepercayaan kepada suami terlebih dahulu.

“Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap”

“Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?” jelas Almy kepada Utusan Malaysia.

Tambah Almy, berikutan kontroversi yang berlaku melibatkan suaminya itu, dia mengakui merasa sakit hati namun dia mengambil pendekatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan daripada pihak suami terlebih dahulu.

“Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar”

“Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri,” jelasnya lagi. Apa pun semoga pasangan ini sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan mendatang.


HEROIN DRAMA "KAU AKU KITA" YANG RANGGI TAPI CUTE, JANNA NICK SEMAKIN MENINGKAT NAIK

HEROIN DRAMA "KAU AKU KITA" YANG RANGGI TAPI CUTE, JANNA NICK SEMAKIN MENINGKAT NAIK.. JOM TENGOK BIODATA JANNA.. TENTU ANDA TERKEJUT DENGAN KETURUNAN JANNA!!!!




Biodata Janna Nick Heroin Drama Syurga Nur

Nama Janna Nickmungkin baru, ini kali pertama aku tengok lakonannya dalam drama Syurga Nur di Slot Akasia yang menggantikan drama Dia.. Isteri Luar Biasa. Agak cantik orangnya dan matang tapi umur masih muda gituw. Meh layan biodata Janna Nick. Teringin nak dengar Janna cakap bahasa utara mesti comelkan.....

Biodata Janna Nick :

  • Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Muner
  • Nama Komersial : Janna Nick
  • Umur : 20 Tahun (2015)
  • Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
  • Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik
  • Adik Perempuan : Nurul Balqish (11 Tahun) menjadi School Cheerleaders
  • Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
  • Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM - kerana tidak minat aliran sains)
  • Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM
  • Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Janna-Nick
  • Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/jannanick95
  • Profil Rasmi Keek : https://www.keek.com/profile/janna_nick
  • Profil Rasmi Instagram : https://instagram.com/jannanick/?hl=en
  • Drama : Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Hidayahmu Ramadhan, Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD),  Syurga Di Wajahmu, Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3), Syurga Nur
  • Telemovie : Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9 - 2012)
  • Klip Video : Mikraj Cinta & Kayangan - Hyper Act

Janna Nick bermula dengan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Dia merancang meneruskan pengajian di ibu negara.......

Berminat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa......


Mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, Janna menjaga solat dan banyakkan doa. Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Dia tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, Janna jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka. Mereka juga tidak cakap benda merepek. Andai tidak jaga solat, dengan sikap gila-gilanya, mungkin orang akan fikir Janna jenis murahan


PERBEZAAN MARKAH ANTARA JUARA DAN NAIB JUARA GEGAR VAGANZA 2 (GV2) HANYA 0.3 % SAHAJA DAN AKHIRNYA MEMIHAK KEPADA SITI NORDIANA

Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.


“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.

“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.


DATO SITI DEDAH SIAPA SEBENARNYA IZARA AISHAH YANG MEMERANJATKAN PEMINATNYA!!


Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza akhirnya membuka mulut mengenai sikap sebenar Izara Aishah, kekasih Adib yang pasti mengejutkan korang.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengakui senang dengan hubungan yang terjalin antara anak suaminya, Adib bersama pelakon cantik, Izara Aishah.
“Sebelum ini saya mengenalinya sebagai selebriti. Apabila dia mula berkawan dengan anak suami dan sering berjumpa, saya melihat dia seorang yang menyenangkan. Tambahan pula dia berasal dari Pulau Pinang, jadi boleh ‘ngam’ dengan sebelah suami yang berasal dari Kedah.
“Kata orang, keserasian itu ada. Lagi satu, dia sangat ‘friendly’. Jadi saya harap dia boleh bimbing Adib untuk jadi insan berjaya. Begitu juga sebaliknya,” ujar Siti.
Pada peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang ingin mengetahui kisah suka duka perjalanan seninya yang sudah menjangkau 20 tahun, jangan lupa dapatkan Media Hiburan terbaru (3 hingga 9 Januari 2015) di pasaran sekarang!


VIDEO : Izara Aishah Akui Sudah Hampir Setahun Bercinta Dengan Adib Khalid




Monday 14 December 2015

PADAH JADIKAN JAMAL ABDILLAH BAHAN LAWAK, LIHAT INILAH YANG TERJADI KEPADA NABIL & JIHAN DI PENTAS YANG AMAT MENGEJUTKAN


Moga Lebih Berhati-Hati! Padah jadikan Jamal Abdillah bahan lawak, lihat inilah yang terjadi kepada Nabil & Jihan di pentas yang amat mengejutkan.

Baca artikel penuh di SINI.

VIDEO :




"SAYA MUNGKIN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN KERANA KATA-KATA GILA TERHADAP ORANG ISLAM" - WILL SMITH


Pelakon Hollywood, Will Smith mendedahkan rancangannya untuk memasuki arena politik apabila dia kecewa dengan kenyataan-kenyataan "gila" Donuld Trump terhadap orang Islam.

Pelakon yang terkenal dengan filem Men In Black itu memberitahu CBS : "Jika orang ramai terus menerus mengatakan perkara gila seperti mana yang mereka kata di TV pada tempoh hari tentang dinding dan orang Islam, mereka akan memaksa saya ke arena politik".

Pelakon berusia 47 tahun itu juga berkata sekiranya dia memasuki arena politik, sudah tentu dia akan bertanding di peringkat tertinggi.
"Maksud saya, saya mesti jadi presiden".

Smith berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Donald Trump yang mahukan pengharaman terhadap semua orang Islam dari memasuki negara itu.

Donald Trump sebelum ini mencadangkan satu dinding sempadan dibuat untuk mengharamkan orang Islam dari memasuki Amerika. Selain itu dia juga turut mencadangkan masjid-masjid di negara tersebut diletakkan dibawah pengawasan.

Sumber : siakapkeli


VIDEO :




FOTO-FOTO REAKSI MENGEJUTKAN RAYYAN, ANAK SITI NORDIANA SETELAH IBUNYA DINOBATKAN JUARA GEGAR VAGANZA 2


Foto-foto reaksi mengejutkan Rayyan, anak Siti Nordiana setelah ibunya dinobatkan juara Gegar Vaganza 2 malam tadi. Meletop beb!

Lihat foto-foto reaksi Rayyan di SINI.


VIDEO :




(VIDEO & GAMBAR) KAKI KANAK-KANAK TERSEPIT TANGGA ESKALATOR DI JOHOR


Nampaknya kejadian kemalangan melibatkan tangga eskalator semakin kerap berlaku selepas kejadian yang menggemparkan berlaku di China yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Semalam, satu kejadian terbaru melibatkan eskalator berlaku di hentian Rehat Dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor apabila seorang kanak-kanak lelaki kakinya telah tersepit di tangga eskalator.

Kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam itu menyebabkan orang ramai mula berkerumun.



Menurut seorang saksi bernama Shahrul Hisham, selepas kaki kanak-kanak itu tersepit, eskalator secara automatik telah terhenti.

"Kanak-kanak itu menangis menahan kesakitan sambil dipeluk oleh bapanya, saya rasa ngilu dan alhamdulillah dia selamat," katanya.

Pegawai Kanan 2 Bomba Dan penyelamat Muar, Idris Bin Ali mengesahkan kejadian ini, menurut beliau yang mengetuai operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:34 malam dan terus bergegas ke tempa kejadian.

Mereka yang sampai ke RnR Pagoh kira-kira setengah jam terus cuba melepaskan kaki kanak-kanak berkenaan.


"Kami mengambil masa agak lama iaitu kira-kira setengah jam lebih untuk mengeluarkan kaki mangsa kerana terlalu bahagian tangga yang perlu dibuka dan kerja dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan," katanya ketika dihubungi oleh Siakapkeli.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederan yang serius dimana tiga jarinya dipercayai patah dan kini dirawat di hospital Muar.

Sumber : siakapkeli

VIDEO :



PENUMPANG MISTERI PUNCA PENERBANGAN DARI KLIA2 KE SANDAKAN TERTANGGUH 2 JAM


PETALING JAYA: Seorang penumpang lelaki misteri di dalam pesawat AirAsia AK5194 dari KLIA2 ke Sandakan telah menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama kira-kira dua jam.

Menurut saksi, lelaki itu mula dicurigai apabila dia seringkali berpindah-pindah tempat duduk diatas pesawat terbabit.

"Saya melihat seorang lelaki duduk di kerusi 4C, kemudian dia berpindah ke 2D apabila penumpang sebenar 4C muncul," kata setiausaha MCA Sabah Datuk Chew Kok Woh yang duduk di kerusi bernombor 4D.

"Kemudian dia berpindah ke kerusi 3C dan perkara yang sama berlaku sekali lagi apabila penumpang sebenar kerusi itu tiba," kata Chew lagi.

Chew kemudian berkata lelaki tersebut kemudian berlalu dan mengambil satu bagasi.

"Kemudian, dia berjalan ke hadapan pesawat, memberitahu pramugari bahawa dia telah kehilangan dompet," kata Chew.

Menurut Chew juga, dia dan penumpang lain yang mulai curiga mengambil tindakan melaporkannya kepada pramugari.

“Saya dan penumpang lain mula berasa curiga dan melaporkannya kepada seorang pramugari," katanya.

Selepas itu, satu pengumuman dibuat supaya kesemua penumpang turun dari kapal terbang dibuat.

"Ketika itulah saya nampak pemilik sebenar bagasi datang untuk mendapatkan semula bagasinya yang telah diambil," katanya.

“Penumpang berdekatan memintanya memeriksa bagasinya itu untuk memastikan tiada barang yang telah hilang,” katanya.

Chew berkata, para penumpang hairan dengan kelakuan lelaki itu yang kemudian lesap dan tidak kelihatan lagi.

"Kami sepatutnya terbang pulang pada tengah hari tetapi kami terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan dua kali sebelum menyambung semula penerbangan kami pada pukul 2.15 petang," katanya.

Sumber : siakapkeli

VIDEO :



Sunday 13 December 2015

RUNNER LAKUKAN APA SAJA KERJA, RAIH PENDAPAT LEBIH TINGGI DARI MEREKA YANG ADA SIJIL

RUNNER LAKUKAN APA SAJA KERJA, RAIH PENDAPAT LEBIH TINGGI DARI MEREKA YANG ADA SIJIL



Di sebalik kemajuan dan pembagunan yang dikecapi kini, ramai diluar sana yang bekerja tidak mempunyai masa melakukan urusan harian dan ada juga di luar sana tidak mempunyai pekerjaan.

Bagi Mohd Zulhairi Zainol, 31, peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin untuk mencari rezeki yang halal.

Beliau kini menjadi ‘runner’ di mana semua kerja yang tidak dapat dilakukan oleh mereka yang sibuk beliau sedia untuk lakukannya.

Dari menghantar kanak-kanak ke sekolah, membeli gajet, pergi pasar, pergi kedai, menghantar barang dan sehingga membuang sampah.

Beliau yang sebelum ini seorang mekanik memilih kerja ini kerana lebih mudah dan lumayan selain dapat berbakti kepada masyarakat.

Khidmatnya disediakan kepada penduduk sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, Cyberjaya dan sekitar Bangi, Selangor untuk apa saja urusan.


Beliau pada mulanya bermula haya dengan membeli barang untuk kenalan dengan bayaran upah seikhlas hati dan kini, Mohd Zulhairi kini terkenal dalam kalangan penduduk di sini yang memerlukan bantuan membeli barang keperluan, menghantar barang, menghantar pakaian ke dobi, membeli makanan, membuang sampah, mengambil anak dari sekolah, membayar bil dan membeli ubat.

Sebut saja perkhidmatan yang diperlukan, bapa kepada seorang anak ini bersedia memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang setimpal dan berpatutan.

Menurut ceritanya, dia mula melibatkan diri dalam bidang ini sejak setahun lalu selepas mencabar diri untuk terlibat dalam bidang lain selain membaiki kenderaan.

“Idea menjadi penghantar cepat ini timbul selepas bapa saudara yang tinggal di Kanada memaklumkan perkhidmatan ini sudah 10 tahun bertapak di negara itu membuatkan saya nekad memperlahankan aktiviti di bengkel dan menumpukan perhatian dalam bidang ini.
“Saya seronok dan puas membantu orang ramai terutama suri rumah yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke kedai atau menghantar makanan untuk ibu yang berpantang,” katanya.

Katanya, dia menerima apa saja kerja daripada membuang sampah , membelikan makanan dan telefon bimbit, mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan menghantar barang kemas ke pajak gadai.

Katanya, pekerjaan itu memberi pendapatan sehingga RM4,000 sebulan dengan syarat rajin, sabar dan tidak memilih tugasan.

VIDEO : Try Not To Laugh Or Grin *HARD VERSION* - Funny Videos (Compilation 2015)




SUBHANALLAH !! WARTAWAN AUSTRALIA INI MENCERITAKAN BAGAIMANA BELIAU MEMELUK ISLAM SETELAH DATANG KE MALAYSIA


SUBHANALLAH….Wartawan AUSTRALIA Ini Menceritakan Bagaimana Beliau Memeluk ISLAM Setelah Datang Ke MALAYSIA!!!

Sebelum ini wartawan Australia, Sarah Price sering kali beranggapan masyarakat Asia Tenggara sama seperti Arab di Timur Tengah mengenakan pakaian hitam kerana ditindas.

Namun, selepas kedatangannya ke Malaysia untuk sesi pertukaran pelajar membuatnya membuka mata tentang cara hidup dan persekitaran masyarakat Islam di sini.

Bagaimanapun, Sarah tidak langsung memeluk Islam ketika berada di Malaysia sebaliknya hanya melafazkan syahadah sebaik berada di negara kelahirannya.

Menurut Sarah, selepas pulang ke negara asalnya beliau terus mendalami agama Islam melalui beberapa rakannya.

“Perjalanan ke Malaysia pastinya menjadi asas bagi penukaran saya kepada Islam. Saya pergi ke sana selepas memutuskan untuk sesi pertukaran pelajar dan tidak sama sekali membayangkan pengembaraan gila saya ini mendedahkan diri saya kepada perkara yang tidak pernah saya dilihat sebagai seorang gadis Australia dari bandar kecil di Gippsland,” kata Sarah.

Kisah beliau itu dikongsi melalui tulisannya di portal berita Yahoo! NewsSingapura hari ini.

“Saya tidak memeluk agama Islam di Malaysia – saya memeluk agama Islam selepas setahun setelah diperkenalkan dengan keindahan Islam dan cara mengesakan Allah,” tegasnya.

Malah, menurut Sarah beliau tidak didedahkan tentang pengetahuan agama Islam sebelum ini.

“Sebelum ke Malaysia, saya tak tahu apa-apa tentang Islam. Saya tidak pernah bertemu dengan seorang Muslim dan saya selalu berfikir umat Islam memakai pakaian hitam seperti yang berlaku negara Timur Tengah,” katanya.

Hak wanita dalam al-Quran


Sarah juga pada mulanya menyangka kaum wanita Islam di negara ini ditindas dan amat jauh ketinggalan daripada ‘tamadun’ manusia.

“Saya fikir wanita Islam ditindas. Mereka tidak boleh pergi ke mana sahaja tanpa suami mereka, malah mereka juga tidak boleh mempunyai kerjaya, dan terpaksa memakai hitam sepanjang masa.

“Pandangan saya meleset sama sekali apabila saya tiba di Malaysia. Sebaliknya saya mendapati gadis Islam di Asia Tenggara Islam sangat cantik dengan hijab berwarna-warni pada pakaian mereka. Malah, ramai daripada mereka pergi ke universiti dan mempunyai pekerjaan,” ujar Sarah.

Kata Sarah, ekoran daripada itu beliau jatuh hati pada agama Islam lebih-lebih lagi selepas beliau ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam.

“Saya mahu belajar lebih lanjut mengenai agama Islam, mata dan minda saya telah terbuka apabila sebagai pelajar kewartawanan saya ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam. Itu adalah permulaan segala-galanya.

“Fikiran saya tiba-tiba penuh dengan pengetahuan tentang Islam dan hakikat bahawa wanita mempunyai banyak hak dalam Islam! Wanita Islam secara undang-undang telah diberikan hak-hak (termasuk perceraian, hak tanah, hak-hak kewangan, hak untuk memilih siapa yang berkahwin, dan lain-lain) dalam al-Quran dan Hadis beratus-ratus tahun sebelum wanita Barat memenangi hak yang sama,” jelas Sarah.

Jelas Sarah lagi, keinginan memeluk agama Islam bertambah kuat apabila beliau melangkahkan kaki ke masjid dan mendengar seruan azan.

“Kali pertama saya melangkah masuk ke dalam sebuah masjid di Malaysia, saya rasa sangat tenang dan damai.

Tunduk ke arah kaabah


Seruan azan juga sangat menyentuh hati saya dan perasaan yang mana apa yang saya rasakan ini begitu berbeza dari sebelum ini.

“Apabila saya mula-mula menundukkan kepala saya ke arah Kaabah, saya merasakan ia begitu dekat dalam hati saya,” kata Sarah.

Bagaimanapun ujar Sarah, mendekati dan menganuti agama Islam ini bukan sesuatu yang mudah.

Apatah lagi bagi seorang pengikut setia agama Kristian ini.

“Memeluk Islam bukan sesuatu yang mudah. Saya telah menerima pelbagai ujian di mana saya hilang kawan dan pekerjaan serta berdepan dengan situasi yang sukar bila berdepan dengan keluarga.
“Kristian sebenarnya adalah agama yang paling dekat dengan Islam, bukan sahaja dari segi teologi tetapi juga sejarah. Terdapat banyak salah faham tentang apa yang Islam ajar tentang agama Kristian.
“Satu-satunya perbezaan antara Kristian dan Muslim adalah bahawa kita mengambil Isa sebagai nabi dan menyembah Allah. Islam mengajar mengesakan Allah, dan menyembah Allah semata-mata dan kami percaya bahawa Isa mengajar sendiri perkara ini.

VIDEO : Kisah Nyata Mualaf : Susan Carland, Saya Mencintai Islam dan Muslim Tanpa Keraguan



VIESHANTIE, BEKAS ISTERI EIZLAN YUSOF YANG TAMPIL MENGANCAM !!

BERGETAR RUSUK !! 6 Foto Terbaru Vieshantie, bekas isteri Eizlan Yusof yang Tampil MENGANCAM dengan IMEJ BERUTUDUNG !!!

Subhanallah... nampaknya penampilan terkini Vie Shantie, bekasisteri Eizlan Yusof semakin cantik dan menawan sehingga membuatkan ramai netizen di laman sosial terkejut dan terkagum.

Kebanyakkan komen dari netizen berbaur pujian melambung dan tidak menyangka kecantikan Datin Vie Shantie bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.

Kami memang bersetuju dengan komen-komen mereka. Korang pulak macam mana? Nah... Jom tengok 6 foto terbaru wajah paling terkini Vie Shantie yang amat mengancam bertudung.


VIDEO : CUTECARRY TV Eizlan Yusof and Vie Shanti @Islamic FAshion Festival 2010